Kenapa Bukit Gantang???

| | 4 ulasan


Gambar ihsan dari zorro -unmasked.


Kempen PRK dua Bukit dan Batang Ai telah memasuki hari ke empat. Dari pemerhatian saya, media , samada dari pihak kerajaan BN atau media baru Pakatan Rakyat, sebahagian besarnya bertumpu di PRK Bukit Gantang.Dan jelas sekali, berita-berita dari media baru PR, terutamanya yang datang dari masyarakat bloggers, memberi impak yang tinggi kerana ianya di hidangkan mengikut "style" , citarasa tersendiri dan "non-stop" . Memang menarik!!!

Saya cuba mendapatkan pandangan beberapa orang aktivis masyarakat, destinasi manakah yang menjadi pilihan mereka untuk tiga PRK ini.

Ali (bukan nama sebenar) - "Sarawak jauh sangat. Tambang mahal. Bukit Selambau pasti PKR menang, sebab MIC tak laku. Yang best Bukit Gantang, tengok macam mana perangai orang UMNO kempen kat situ. Lagi pun calun PR di Bukit Gantang kan menyakitkan hati pemimpin UMNO, kami nak tengok gelagat pemimpin UMNO ni sebelum saat-saat akhir parti tua ni di buang ke Sungai Perak!!!" jawab beliau panjang lebar, sambil tersenyum.

Ahmad (bukan nama sebenar) -" Bukit Gantang lah best! Calun PR memang dah terkenal. Apa UMNO nak buat untuk burukkan calun kita tu? Memang menarik lah!!" kata beliau dengan suara yang begitu bersemangat.

Cukuplah dengan dua pandangan itu....Bagaimana dengan pilihan anda pula?

Read More !

Ir Nizar adalah jelmaan ANWAR dalam PAS.

| | 9 ulasan


Dalam arena politik Malaysia, bila sebut saja nama ANWAR IBRAHIM, seolah-olah rakyat Malaysia bagaikan semut yang begitu fanatik mengerumuni gula. Dari masyarakat bandar hinggalah ke kawasan desa dan kampung, nama itu begitu besar dan gah. Pidato beliau memang memikat hati sesiapa saja yang mendengarnya....


Sebab itu lah Tun M, juga tertarik pada X-faktor dalam diri DS Anwar, hingga beliau di angkat dan terus diangkat , di gunakan dan terus di pergunakan, hinggalah tidak diperlukan lagi pada 2 September 1998. Dan tarikh itulah bermulanya reformasi , yang menyaksikan kejatuhan Tun M dari pemerintahan hebat selama 22 tahun!!!


Itu DS Anwar Ibrahim.


Namun, tiada siapa menyangka, di tahun 2009 ini, bila protege Tun M melakukan perkara yang hampir sama terhadap seorang Menteri Besar di negeri pilihan rakyat, rupanya keluarlah sebutir lagi permata dari celah-celah kehancuran Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.


Tiba-tiba ada nama baru, Ir Nizar, seorang yang bersikap rendah diri, teguh pada prinsip perjuangan dan tabah menghadapi pelbagai tindakan buruk yang di usahakan oleh kerajaan UMNO/BN. Secara mendadak Nizar menjadi ikon baru dalam senario politik Malaysia. Rupanya beliau juga ada X-faktor yang membuatkan rakyat jatuh kasih bila bertemu dengannya.


Adakah semua ini suratan atau kebetulan? Namun yang jelas, hari ini nama Nizar meniti dari bibir ke bibir... seorang Menteri Besar yang sah tetapi telah dijadikan mangsa kezaliman UMNO/BN yang berusaha sepenuh kudrat beliau untuk menjaga amanah rakyat Perak yang telah lama rindukan perubahan, yang telah bertahun-tahun ingin membebaskan diri mereka dari belenggu kesengsaraan pemerintahan BN.


Betul lah kata En Lutfi, Pengarang akhbar HARAKAH yang sedang di gantung oleh Menteri Dalam Negeri.... Nizar adalah jelmaan Anwar dalam PAS!

Read More !

Tan Sri Khalid didik rakyat Selangor fahami kezaliman ISA.

| | 3 ulasan

" Tan Sri Khalid mahu semua Pihak Berkuasa Tempatan(PBT) yang berjumlah 12 daerah , sama-sama mengambil bahagian menghantar keluarga tahanan ISA Selangor ke Kem Kamunting. Beliau mahu semua pihak bermula dari Exco, ADUN, pegawai kerajaan hinggalah kepada pemandu bas, memahami kesukaran dan kesusahan yang terpaksa di lalui oleh isteri dan anak-anak tahanan ISA" demikian dinyatakan oleh YB Rodziah Ismail, Exco Kebajikan Negeri Selangor. " YAB Menteri Besar dah janji nak bantu keluarga tahanan ISA, setiap kenyataan beliau saya "pick-up" dan akan segera selesaikan" tambah YB Rodziah lagi sambil di sokong oleh YB Gan Pei Nei ADUN Rawang yang turut membantu beliau dalam memudahkan urusan pengankutan dari Shah Alam ke Taiping bagi keluarga tahanan ISA di Selangor.
(YB Rodziah bersama wakil-wakil dua belas PBT di seluruh Selangor)



Petang tadi, bertempat di Bangunan SUK, satu perjumpaan telah diadakan antara Exco Kebajikan YB Rodziah Ismail, YB Gan Pei Nei, wakil dua belas PBT Selangor dan Gerakan Mansuhkan ISA yang di hadiri oleh pengerusinya Syed Ibrahim Syed Noh beserta empat Ahli Jawatankuasa GMI yang lain.


(Kelihatan dalam gambar, Pengerusi GMI Syed Ibrahim, YB Rodziah mempengerusikan mesyuarat , wakil YB Ronnie Liew dan YB Gan Pei Nei)
Perjumpaan petang tadi lebih merupakan satu "review" terhadap bantuan kebajikan yang pernah di berikan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada keluarga tahanan ISA di negeri ini, yang telah di mulakan sejak bulan June tahun 2008.
Semua yang hadir di majlis itu telah sepakat untuk menyambung bantuan perkhidmatan bas percuma dari Shah Alam ke Taiping bagi tahun 2009 dimana segala perbelanjaan yang berkaitan dengan perjalanan itu ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan negeri Selangor. Pada tahun 2008, Kerajaan Selangor telah membelanjakan hampir RM20,000.00 untuk memudahkan mangsa ISA yang tingal di Selangor melawat suami atau bapa mereka yang masih di kurung di Kem Kamunting.
Bukan setakat kenderaan percuma,YB Gan telah mencadangkan supaya setiap ADUN mengambil satu tarikh lawatan untuk sponsor makanan percuma bagi semua ahli keluarga yang menaiki bas yang disediakan oleh Kerajaan Selangor itu.
"Kerajaan komited untuk membantu meringankan beban keluarga untuk pergi ke Kem. Ini adalah salah satu isyarat bahawa mereka yang sedang dianiaya tidak pernah dilupakan oleh Negeri Selangor, salah sebuah negeri dalam Pakatan Rakyat yang sentiasa konsisten dengan prinsip keadilan bahawa ISA adalah akta zalim yang mesti di tentang dan seterusnya di mansuhkan. Kami bantu keluarga tahanan di masa yang sama mereka (keluarga)juga kena berusaha untuk mengeluarkan diri dari kezaliman yag diberikan oleh kerajaan BN " itulah yang secara serentak dinyatakan oleh YB Rodziah dan YB Gan mewakili pimpinan Pakatan Rakyat Selangor.
GMI, gabungan 82 NGO dan parti politik di Malaysia ini, sentiasa berpegang pada prinsip rakyat Malaysia tidak perlukan akta tahan tanpa bicara itu. Jadi , kempen anti-ISA kepada rakyat akan diteruskan supaya mereka faham tentang kejahatan akta itu dan seterusnya menolak mana-mana pemimpin yang masih suka akta tersebut. Aspirasi tertinggi GMI ialah memastikan akta tahan tanpa bicara itu di mansuhkan dan Kem Kamunting segera di tutup.
Terkini, masih ada dua belas taahanan ISA di Selangor termasuk lima orang anggota Hindraf.

Read More !

Durian runtuh di Bukit Gantang, bagaimana dengan Bukit Selambau dan Batang Ai?

| | 5 ulasan

Di Malaysia , seolah-olah sudah menjadi satu tradisi atau kebiasaan, kesusahan dan kesulitan hidup penduduk hanya akan terbela sekiranya wakil rakyat , samada Ahli Parlimen atau Ahli DewanUndangan Negeri di tempat itu meletak jawatan atau meninggal dunia.

Buktinya kini di Bukit Gantang, semalam 29 Mac dilaporkan , Menteri Pengangkutan, Ong Tee Kiat mengumumkan akan membantu menyelesaikan masaalah tanah bagi penduduk yang tinggal berhampiran stesen keretapi di Kuala Sepetang.Agaknya, jika Ahli Parlimen PAS Hj Roslan Shahrum tidak meninggal dunia, tiada siapa dari parti yang memerintah yang akan mahu mengambil tahu masaalah itu......

Itu janji BN di hari pertama penamaan calun di Bukit Gantang , selepas ini berapa banyak pula projek baru yang akan menjelma di kawasan Parlimen itu? Bukit Gantang mungkin agak unik sikit, kerana BN perlu menawan hari orang Perak yang selama ini telah jatuh simpati pada calun yang bertanding, iaitu Menteri Besar sah YB Ir Nizar yang sentiasa lantang menyeru pada penutupan Kem Tahanan ISA di Taiping.

Penduduk Bukit Gantang sedang di tatang bagai minyak yang penuh oleh parti pemerintah UMNO/BN. Tetapi bagaimana pula dengan Bukit Selambau dan Batang AI? Apa pula yang bakal mereka perolehi dalam masa seminggu ini ya?

Read More !

Suami adalah satu anugerah dari Allah....

| | 0 ulasan

"Semua di jemput hadir ke majlis walimatul urus Era, bekas cikgu IT kita" itulah antara kata-kata yang sempat ku lihat di sms yang dihantar oleh Cikgu Hamilah. Segera aku hubungi nombor telefon bimbit yang disertakan, yakin ianya milik Era atau nama penuhnya Maheran, untuk mendapatkan kepastian.Panggilan tidak dijawab sebalikna mendapat sms dari Era " Kak, saya baru selesai nikah..." mata ku melerek jam di dinding, tepat jam 9.45 malam.
(Kenangan manis sebelum pulang semula ke Berunai. Bersama sebahagian teman di Al Amin iaitu Cikgu Nik Asmawati dan anaknya Aliah, pasangan pengantin Sharif dan Era, saya dan Cikgu Suriati)


Tiba-tiba teringat beberapa tahun yang lalu, hari terakhir beliau di sekolah tempat kami sama-sama bekerja sebelum berhijrah mencari rezki di Berunai..." akak, Bahasa Inggeris Era teruk lah... macam mana ya nak kerja kat sana nanti?" beliau merenung wajahku."Tak apa. Decision dah dibuat, just go for it and good luck.InsyaAllah everything will be ok" itulah kata-kata semangat terakhir dariku sambil memeluk bahu beliau.

Kami berdua agak rapat kerana pada bulan pertama suamiku ditahan dibawah ISA April 2002 dulu Era adalah salah seorang teman untukku meluahkan rasa rimas yang sedang menyelubungi diri .Dan ketika itu , SB masih berkeliaran dihadapan rumah.Sebuah WAJA Silver yang di parkir dihadapan pagar rumah oleh orang yang tidak dikenali menyebabkan adik beradik dan sebahagian teman-teman menjauhkan diri kerana takut dengan kehadiran SB yang hadir tanpa diundang tidak tentu masa siang atau malam. Hanya kami berdua sahaja , aku dan Suhaib yang ketika itu berusia 8 tahun lebih. Untuk menghilangkan rasa sunyi dan risau, aku mengajak beberapa orang guru bujang menemaniku di waktu malam secara bergilir-gilir.Dan Era... adalah salah seorang yang pernah tidur dirumah untuk menemaniku......(Thanks Era...)

(Sharif Wang , Era , saya dan Cikgu Suriati dan suaminya Presiden JIM,Zaid Kamarudin)
"Era..tahniah dan Selamat Pengantin Baru' kataku sambil memeluk beliau.Era tersenyum manis sambil memperkenalkan suaminya, Sharif Wang, seorang Chinese Muslim tetapi bermastautin di Amerika. Mereka berdua ditemukan Allah di bumi Berunai beberapa bulan yang lalu kerana Sharif bekerja sebagai seorang Chef di Hotel Sheraton, Berunai.
"I hope you will take good care of my best friend, ok?" aku sempat berpesan pada Sharif. "Ha ..lepas ni you tak akan ada English problem lagi..kan?"bisik ku pada Era.
"Nanti, tak ke macam itek bercakap dengan ayam?" sungut Era sambil tersenyum.
"Ish... tak lah. Dia tu anugerah Allah untuk you. As long as both of you are on the right track, I mean berpegang pada tali Allah, semuanya akan selamat...." kataku sebelum meninggalkan majlis tersebut.
Selamat Pengantin Baru, moga jodoh berkekalan hingga akhir hayat.........

Read More !

Lupakah kita pada MAHAZALIM dalam UMNO?

| | 8 ulasan


Masihkah anda semua ingat, peristiwa pemecatan DS Anwar Ibrahim dari UMNO pada 1998? Ekoran dari situ, pelbagai nama telah diberikan oleh rakyat pada Tun M , Perdana Menteri ketika itu kerana marah sangat terhadap pemecatan Anwar. Antara nama-nama buruk yang pernah di labelkan pada Tun M ialah Mahafiraun dan Mahazalim.Namun, panggilan Mahazalim lebih lekat dan dikira sesuai di berikan pada PM yang memerintah malaysia selama 22 tahun itu.


Kemarahan rakyat pada 1998 tidak terhenti ketika itu saja, segalanya telah diluakan pada tahun 1999 hingga menyaksikan akhirnya, PM paling lama berkuasa itu terpaksa, tanpa rela hati menyerahkan kerusi PM pada calun pilihan nya iaitu Pak lah. Memandangkan tubuh badan yang sihat, Tun M masih ada keinginan untuk menguasai pemerintahan negara dan nampaknya beliau mendapat tempat sebagai "penasihat" dalam pemerintahan yang "slow" dari Pak Lah. Pada tahun 2004, rakyat beri peluang pada Pak lah untuk memperbaiki sistem tinggalan Tun M dalam UMNO, tetapi ternyata sistem yang korup itu makin parah.Dan kegagalan BN mempertahankan 2/3 majority, membuatkan Tun M tanpa malu atau segan, terus saja "membelasah" Pak Lah hingga supaya bertanggungjawab diatas kekalahan itu.....


Persoalannya, siapakah yang telah mencorakkan sistem yang hingga kini begitu korup dan kotor dalam UMNO?


Siapakah PM yang paling banyak meminda pelbagai akta, contohnya ISA, untuk kepentingan UMNO?


Siapakah PM yang menyuburkan politik wang dalam UMNO?


Dan, PM manakah yang bersekongkol dengan Bush dalam "war on Terror campaiogn" hingga ramai orang Islam di jadikan kambing hitam, di tangkap dan disumbatkan ke dalam ISA hingga ada yang masih meringkuk di Kem Kamunting hingga kini?


Siapakah BAPA yang di gelar MAHAZALIM itu?
Dan kini, MAHAZALIM itu masih berusaha untuk mempengaruhi tindakan pemimpin utama Malaysia dengan buah fikirannya. Jelas, UMNO dan pemimpinnya akan tetap korup dan zalim dimata rakyat.

Read More !

Ada lagikah ahli UMNO yang berperinsip seperti Shahrir?

| | 0 ulasan

Himpunan Agung UMNO akan berakhir esok. Yang menang dalam merebut jawatan yang dipertandingkan, pastinya lega kerana masih mendapat mandat ahli, tetapi ... bagaimana pula mereka yang kalah, terutamanya yang memegang jawataan sebagai Menteri? YB Rais Yatim berkatam beliau belum memikirkan samada akan melepaskan jawatan sebagai Menteri atau tidak setelah kalah dalam merebut jawatan Naib Presiden UMNO.

YB Azalina Othman Said , Menteri Pelancungan yang masih di diasat oleh SPRM, gagal di hubungi untuk di minta pendapat beliau mengenai kekalahan mempertahankan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

YB Shahrir Samad, mungkin hanya beliaulah satu-satunya pemimpin UMNO yang masih berpegang pada prinsip bahawa jika beliau tidak diberi mandat oleh ahli part, beliau akan melepaskan jawatan Menteri yang sedang beliau sandang sekarang.
Jika ramai lagi ahli UMNO yang berperinsip seperti YB Shahrir, tidak mustahil UMNO akan menjadi sebuah parti yang bakal di senangi kembali oleh orang Melayu kerana, asas pegangan pada prinsip itu ialah kesetiaan dan kejujuran dalam menjaga amanah yang diberi oleh ahli parti @rakyat.
Satu perkara lagi, secara prinsipnya, seseorang itu belum lagi bersalah kecuali di buktikan di mahkamah. Jika prinsip asas ini diikuti oleh semua, terutamanya pemimpin UMNO, pastinya, tanpa ISA akta tahan tanpa bicara itu,UMNO akan tetap menjadi sebuah parti yang dominan dan di hormati teman juga lawan.Dan kerana ketiadaan pinsip jugalah UMNO telah di nyatakan sebagai parti yang bakal reput dan di lupakan menjelang PRU13.Masa akan menentukannya.
Segala-galanya berpaksikan pada prinsip!!! Tahniah YB Shahrir kerana jujur dan sentiasa berpegang pada prinsip.


Read More !

"Mahathirism" percepat kematian UMNO

| | 3 ulasan


Saya hanya mengikuti ucapan "selamat tinggal" Pak Lah di AGM UMNO semalam melalui catatan Malaysiakini saja. Secara peribadi... saya tetap tersentuh dengan ucapan itu.Saya setuju dengan pandangan ramai bahawa itu adalah ucapan terbaik Pak Lah. Ada sedikit unsur kemanusiaan, kematangan dan seolah-oleh jika Pak lah masih diberi mandat oleh ahli UMNO untuk terus menjadi PM, beliau akan benar-benar menukar UMNO yang memang dah teruk ,menjadi yang agak baik.......semuanya demi tanggung jawab dan hak rakyat yang sepatutnya telah di langsaikan sejak 50 tahun yang lalu.....


Apa yang mengharukan itu?


Pak Lah menarik perhatian perwakilan supaya menyedari bahawa UMNO sememangnya sangat di benci oleh rakyat. Apa saja yang UMNO buat, nyatakan atau lakukan, semuanya salah dan buruk!! Jika masa yang pendek, antara sekarang hingga PRU 13 ini tiada sebarang perubahan oleh PM baru, maka yang pastinya, UMNO akan tinggal sejarah saja di arena politik Malaysia ini.


Dan amaran terakhir Pak Lah ialah, sekiranya budaya "Mahathirism" diteruskan, maka makin cepatlah UMNO di talkinkan.


Rakyat Malaysia pastinya berterimakasih pada DS Anwar kerana telah begitu berani menyerlahkan budaya "Mahathirism" walaupun terpaksa berdepan dengan kehilangan kuasa yang hampir-hampir meragut nyawa beliau. Siapa sangka, PM yang paling lama , paling berkarisma dan paling hebat, selepas lima tahun menzalimi DS Anwar, beliau terpaksa meletak jawatan -sedangkan tubuh badan beliau (Tub M) masih segar bugar- semuanya kerana segala kejahatan yang diamalkan dalam budaya politik beliau telah di ketahui rakyat menyebabkan beliau di tolak dalam PRU 1999.Ternyata teori Machiavelli, tidak selamanya diterima rakyat!!!
Terima kasih lah pada Pak lah kerana meninggalkan pesanan yang penting ini pada orang UMNO.....


Semua ini tidak terjadi dengan percuma. Jangan lupa doa-doa rakyat yang dinafikan hak serta doa mereka-mereka yang sedang dan pernah dizalimi ISA- akta penjaga keselamatan UMNO. Semua mangsa ISA ini sepanjang masa memanjatkan doa ke hadrat Allah agar mereka yang zalim itu diberi balasan yang sesuai dengan kejahatan yang telah dilakukan.

Read More !

Pulangkan HARAKAH dan SUARA KEADILAN pada rakyat!!!

| | 0 ulasan

"Pakatan Rakyat melihat penggantungan dua lidah resmi ini sebagai satu pencabulan hak asasi yang amat serius pada rakyat Malaysia yang dahagakan ketelusan dan kebenaran dalam penyampaian maklumat. Pulangkan lah hak mereka....Jika benar ada dua akhbar itu memutar belit fakta, bawa sajalah ke mahkamah, biar hakim yang membuat keputusan samada nak gantung atau tidak" demikian disepakati bersama oleh ketiga-tiga wakil saf Pakatan rakyat iaitu YB Tian Chua dari PKR (Suara Keadilan) YB Mahfuz Omar dari PAS (HARAKAH) dan solidariti dari YB Teo Nie Ching dari DAP yang mewakili Roket.Satu memo bersama telah dihantar ke SUHAKAM semalam sebagai salah satu cara untuk bertanya, kenapa lidah rasmi dua parti terbesar di malaysia itu di gantung selama 3 bulan dan bertepatan pula dengan tarikh pilihanraya di tiga tempat di Malaysia bulan depan.

Memo itu telah diterima oleh Puan Hashimah, setiausaha SUHAKAM yang mendakwa kesemua 32 orang pesuruhjayanya "telah keluar" untuk melakukan pelbagai urusan lain dan tiada seorang pun yang dapat hadir untuk menerima memo tersebut.SUHAKAM yang sepatutnya menjadi "guardian of human rights" di Malaysia, sepatutnya memandang isu penggantunganini sesuatu yang lebih serius.

"Suara Keadilan akan tetap keluar macam biasa.." demikian tegas saudara Zunar yang mengetuai lidah resmi PKR itu. "Selama ini pun kita dalam keadaan yang sentiasa ditekan oleh kerajaan UMNO/BN." ujarnya lagi.Namun, beliau tidak dapat lari dari rasa bimbang nasib yang bakal menyelubungi rakyat Malaysia yang mana penggantungan ini adalah "the beginning of the new premiers dictatorship" terhadap hak dan kebebasan rakyat.
HARAKAH dan Suara Keadilan adalah dua akhbar kegemaran rakyat yang berani menyiarkan dan mengupas isu pencabulan hak asasi yang amat sensitif seperti penahanan tanpa bicara ISA dan pelbagai penyalahgunaan kuasa yang lain.


"Tiada istilah cuti... kami bekerja macam biasa" demikianlah yang di tegaskan oleh adik-adik wartawan di HARAKAH. Bagi Anis, Nyza, Intan dan Sardon, penggantungan ini pasti akan merugikan pihak berkuasa kerana sudah tentu rakyat akan menjadi lebih meluat dengan usaha jahat kerajaan yang mahu menyekat rakyat dari mendapat sumber berita yang lebih jujur dan terbuka.Ketua mereka, En Lutfi tidak hadir di SUHAKAM semalam kerana berada di Kedah untuk memastikan persiapan media milik PAS menjelang PRK Bukit Selambau berjalan dengan baik.


Read More !

YB Nizar is the best choice for PRK Bukit Gantang.

| | 0 ulasan

Posters of YB Nizar could be seen pasted on the walls , in the rooms of generation Y@ university students. "Ousted MB of Perak" the nick name given to him by the media does not lessen his popularity, instead it grows higher among Malaysians."He is the new icon in politics of Malaysia".Di Mahkamah Tinggi Jalan Duta bulan lepas, dihari yang sama ada kes DS Anwar dan kes Menteri Besar Perak, amat jelas YB Nizar telah mendahului popularity DS Anwar. Ketika kedua-dua mereka keluar dari kamar perbicaraan, wartawan dan jurugambar yang setia menanti kedua-dua kes di koridor mahkamah, berlari dan mengerumuni YB Nizar dan meninggalkan DS Anwar Ibrahim.

Pencalonan YB Nizar sebagai calon PRK Bukit Gantang adalah berita yang amat menarik perhatian. Rasanya sebulan dua kebelakangan ini, nama Nizar ini memang sangat popular disebabkan perjuangan beliau yang begitu konsisten dan berani menghadapi kerenah serta birokrasi media,polis dan UMNO/BN demi untuk mempertahankan hak dan kepercayaan orang Perak di PRU 12 yang lepas yang telah memilih Pakatan Rakyat untuk menerajui negeri yang ada Kem Kamunting itu.


Read More !

Jom selamatkan HARAKAH dan SUARA KEADILAN !!!

| | 6 ulasan


Saya dan Nashita bersama En Lutfi di pejabat HARAKAH.

HARAKAH dan SUARA KEADILAN di gantung KDN! Malaysiakini.

Jam 1.24 pagi, saya terkejut "beruk" melihat tajuk laporan tersebut.Walaupun menyedari malam yang sudah terlalu larut, saya segera capai telefon bimbit dan hantar pesanan ringkas pada Pengarang HARAKAH, En Lutfi Othman, bertanya khabar beliau kerana peristiwa malang ini.

"Alhamdulillah. Ujian kecil. Mungkin boleh terbit Isu Khas.Tapi msti tunjuk bantahan sekuat mungkin..." demikian lah sms jawapan dari beliau.

Nampaknya KDN dah mula main kasar ni. Buat masa ini akta zalim ISA belum digunakan,namun kelihatannya KDN sedang menggunakan segala akta yang hampir sewaktu dengan ISA untuk menghalang rakyat mendapat berita terbaik terutamanya menjelang Pilihanraya Kecil Bukit Selambau , Bukit Gantang dan Batang Ai di Sarawak.

Yang jelas kini, HARAKAH dan SUARA KEADILAN adalah suratkhabar yang amat di percayai oleh rakyat,terutamanya mereka dipedalaman kerana berjaya melontarkan isu-isu semasa yang segar dan benar.Oleh kerana itu, sekiranya rakyat ingin kembali menatap kedua-dua akhbar ini, mereka mesti bangun dan suarakan dengan segera spaya kedua-dua akhbar ini tidak digantung sehingga 3 bulan!!!

Read More !

Ugutan pada tahanan ISA lebih dahsyat dari ugutan pada Khairy.

| | 3 ulasan


(Gambar Shamsuddin diambil 7 tahun yang lalu)

Khairy dakwa di ugut penulis buku. - Malaysiakini.


Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, membuat laporan polis terhadap penulis sebuah buku yang dikatakan mengugut dan memfitnah beliau.Khairy hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields pada jam 10.15 pagi ."Tujuan utama saya buat report (polis) ini adalah disebabkan kandungan buku ...yang ternyata memfitnah saya. Buku ini adalah sebenarnya satu usaha secara sengaja menjatuhkan imej dan karier politik saya," katanya.




Tajuk berita tentang Khairy kena ugut ini agak lucu bagi saya. Ya lah... apa lah sangat yang hendak ditakutkan pada seorang penulis buku. Penakut betul lelaki UMNO yang seorang ni.


Dalam isu ini, saya hanya berminat untuk membuat sedikit perbandingan antara ugutan yang Khairy terima dari penulis buku dan ugutan yang terpaksa di dihadapi oleh tahanan ISA dan keluarga mereka yang datangnya dari polis Cawangan Khas(SB).




Rasanya, ini baru pertama kali Khairy diugut dan orang yang didakwa itu hanyalah seorang penulis buku. Apa sangatlah kuasa pada seorang penulis buku jika nak dibandingkan dengan kuasa besar yang begitu jahat, yang terpaksa di depani oleh mangsa ISA.
Khairy tidak menghadapi sebarang masaalah. Beliau seorang yang bebas, ada kerjaya, ada duit ,ada keluarga dan hampir menuju ke puncak kuasa.Pendek kata beliau ada segala galanya.
Sepatutnya ugutan dari penulis buku hanyalah bagaikan bunyi seekor nyamuk saja pada beliau... namun cara beliau menghadapi "nyamuk" itu seolah-olah ianya tersangat besar dan bahaya!!!




Lihat pula bagaimana nasib tahanan ISA dan keluarga mereka. Hampir semua tahanan ISA hilang kebebasan kerana di kurung tanpa sebarang bicara di Kem Kamunting.Kehidupan tahanan ISA yang tinggal dalam kurungan tidak akan lengkap jika tidak dilawati SB. Hampir setiap hari polis berpakaian biasa Special Branch (SB) ini akan bertemu tahanan dan mengugut sekiranya tidak bekerjasama dengan kerajaan dan mengatakan ISA zalim, mereka tidak akan dibebaskan.Adakah tahanan ISA berpeluang untuk membuat laporan polis jika polis sendiri yang melakukan kerja-kerja ugut dan fitnah itu pada mereka!!!
Dan lebih teruk,sekiranya isteri atau keluarga mereka cuba mendedahkan kezaliman ISA, maka tahanan itu diugut akan terus-menerus di kurung di Kem yang tarafnya sama seperti Kem Guantanamo Bay.




Bagi tahanan ISA yang sudah ditahan 7 tahun, mereka sudah tidak punya apa-apa. Contoh yang "real"ialah tahanan ISA bernama Shamsudin Sulaiman. Beliau telah ditahan sejak bulan April tahun 2002. Beliau telah hilang pekerjaan sebagai seorang Pembantu Akauntan di Kementerian Kesihatan. Kemudian ,isteri beliau meminta cerai dan anak-anaknya tidak mahu mengaku bahawa ayah mereka adalah seorang tahanan ISA.Nama baik beliau yang dituduh sebagai pengganas "JI" juga belum di bersihkan kerana Menteri Dalam Negeri tidak mahu mendakwa kes itu ke mahkamah walaupun beliau telah merengkok di Kem Kamunting selama 7 tahun lamanya!!! Dan yang paling dahsyat, beliau tidak tahu bila akan di bebaskan dari akta zalim itu.




Bagaimana pula ugutan yang diterima oleh isteri tahanan ISA? Suami ditahan di penjara Kem Kamunting, KDN seolah-olah merestui pula SB mengganggu isteri-isteri tahanan tersebut. Ada antara SB yang menyamar sebagai aktivis masyarakat dan menggoda wanita-wanita yang sedang kesunyian itu.Sekiranya ada antara isteri tahanan yang ingin memperjuangkan nasib buruk suami, wanita itu akan di ugut oleh SB dan anggota masyarakat yang dijadikan "wakil @talibarut" oleh Polis Cawangan Khas.




Khairy hanya diugut oleh penulis buku tetapi tahanan ISA serta keluarga di ugut oleh Menteri Dalam Negeri dan kakitangannya terdiri dari polis Cawangan Khas (SB).Nasib tahanan ISA dan keluarga mereka memang sangat malang.....dimanakah keadilan bagi rakyat yang di tindas seperti mereka?

Read More !

Penguasa ISA@ pemimpin UMNO pertahankan Melayu UMNO saja.(Bukit Gantang)

| | 1 ulasan


Apa kata salah seorang calun Tim Pres UMNO tentang perjuangan.
Soalan: Apa yang mendorong Tan Sri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno?

Jawapan: Saya nak berjuang untuk orang Melayu. Saya mewakili parti yang bernama Umno, Umno adalah parti yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu di samping berjuang untuk seluruh rakyat Malaysia. Sebagai bekas Menteri Besar Selangor, memang kita memberi keutamaan kepada orang Melayu, tetapi ini tidak bermakna orang bukan Melayu kita tinggalkan. Sebagai anak Melayu dan sebagai orang yang berkecimpung dalam parti, saya hendak meneruskan khidmat saya ke peringkat tertinggi untuk bantu orang Melayu terutama di kampung, nak meninggikan peluang orang Melayu.


Bagaimana dengan nasib orang Melayu yang tidak memilih UMNO?


Siapakah yang akan memadamkan sejarah silam sejak 50 tahun yang lalu tentang kerosakan, penganiayaan dan kezaliman yang pernah dilakukan oleh UMNO pada rakyat Malaysia?

Dan hingga hari ini, UMNO tetap dan masih mempertahankan akta tahan tanpa bicara ISA.....



Read More !

4885 perwakilan UMNO akan mempertahankan ISA?

| | 3 ulasan

Dalam perhimpunan itu nanti, TPM Najib Razak akan disahkan sebagai PM yang baru, sekali gus menjadi orang nombor satu negara yang akan menjaga ISA.
Seperti biasa, Hamid Albar akan menjadi menteri yang kedudukannya setaraf dengan Tuhan kerana kuasa Menteri Dalam Negeri yang di berikan pada beliau , iaitu boleh menahan sesiapa saja tanpa bicara ,tanpa had masa.


4,885 perwakilan berkampung di PWTC
Abdul Rahim Sabri Mar 20, 09 8:33pm


Seramai 4,885 perwakilan, termasuk dari ketiga-tiga sayap, daripada 191 bahagian akan berhimpun di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 24 hingga 28 Mac ini bagi mengikuti Perhimpunan Agung Umno.Mereka terdiri daripada 2,509 perwakilan ke perhimpunan agung Umno, 796 (pergerakan Wanita), 791 (Pemuda) dan 789 (Puteri).Perhimpunan tersebut juga bakal menyaksikan pemilihan pucuk pimpinan parti yang baru untuk tempoh tiga tahun akan datang.Turut hadir wakil daripada 70 buah Kelab Umno luar negera yang telah mengesahkan kehadiran mereka di perhimpunan kali ini.Perhimpunan tersebut akan bermula dengan majlis perasmian serentak perhimpunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam 24 Mac di Dewan Merdeka.
Adakah 4885 ini akan selamat dari ISA? Operasi Lallang membuktikan ISA digunakan pada sesiapa saja yang dihajati oleh PM yang berkuasa ketika itu tanpa mengira orang UMNO atau orang dari parti lain.

Read More !

They shouldnt be put under the ISA...!!!

| | 4 ulasan


In 2003, the first time I set foot at Bar Council (BC), I was quite frustrated to learn that some lawyers had poor information about ISA. Months later , big names like Latheefa Koya, Edmund Bon, Amer Hamzah Arshad,Abd Rashid, Edward Saw, Lai Yi Choy and Nik could be found somewhere in my 2003 diary.It was all because of the "JI" Habeas Corpus(HC) filed under Chooi & Co in September the same year.The case was heard at Mahkamah Tinggi K.L before Judge Kadir Musa in 2004, but unfortunately ,the application was rejected.

I thought the HC was the first and the last of my involvement with the lawyers. The move from BC seemed so slow , made me feel that my pace with the lawyers was going to a halt!!! But... I was totally wrong, for actually it was the beginning of my new world in educating the young lawyers to the "alien" @ draconian act of ISA!!!".

"Tengok Kak Laila dah cukup membuktikan betapa jahatnya ISA and it must be opposed!!!" this part actually creates more awareness among them.

Now in 2009,the seventh year of me being the victim of ISA, my smile widen as I have bunches of new young lawyers, not only ready to visit the ISA detainees in Kem Kamunting but also strong enough to help the Pakatan Rakyat to erase ISA from the Malaysian Legal System.

Apart from Tina, who enjoys recruiting new BC members for the ISA trip, Oy Sim that manages admin of Bar Council , Usha, Renu, Fadiah, Puspa,Richard,Sunil,Andrew,Zari,Sunitra, Dara, Yanti, Grace,Sara ,Aizan and Siti - just to mention few names, Datuk Ambiga the ex BC President and Ragu,the newly elected President, now I have Adrian Chee , Tan Poh Lai , Vimala and her husband- Kuldip in my long list.

Alhamdulillah... thank you Allah for the gift You had given me in the midst of my struggle to free those ISA detainees!!

Adrian (dark blazer) and Poh Lai from Johor Bharu at the main entrance of Kem Kamunting. Yesterday was the first time I met them.The cute and softspoken Adrian said, yesterday's trip was his second visit to the detainees. Happy to meet and share the grievences of those incarcerated ISA detainees. From left Vimala, her husband Kuldip (from Penang), Poh Lai ( the late Gerakan's Dr Tan Chee Koon's daughter), Adrian and me.My son Suhaib took the shots.


Kuldip couldnt hide his anxiety to go inside and meet those guys whom their individual rights are still being violated by the detention without trial act@ Home Minister.(Kuldip, Vimala and Poh Lai with the tall fence behind them.)


" Lapar macam nak pengsan..." told Adrian.After meeting the detainees, the lawyers gave everyone "belanja makan" . They also ordered extra food so that the detainees could take it away to their respective blocks.




"Those innocent guys shouldnt be put under ISA. Its too much for human like them to be treated that way..... Jika mereka bersalah, guna akta yang lain,selain ISA and charge them to the court!!! " that was the conclusion of the visit!!


Thanks Adrian and Poh Lai for the lift.It' s an honour for me to be chauffeured by the both of you to Kemta.


Read More !

Kesedihan Rosmah hanyalah sekelumit dari duka semua mangsa ISA,

| | 5 ulasan

Malaysiakini beberapa hari yang lalu melapurkan tentang perasaan isteri bakal PM, Najib Razak yang diberitakan merasa angat berdukacita dengan segala tuduhan dan tohmahan yang telah dilemparkan oleh rakyat, terutamanya datang dari pihak Pembangkang yang mengaitkan suami beliau DS Najib Razak dengan kematian ngeri seorang wanita Monggolia. Kesihan Rosmah kerana terpaksa menerima segala tuduhan tersebut, hinggakan sentimen itu terbawa-bawa ke Parlimen, dan ada antara ahli Parlimen menuduh suami beliau sebagai "pembunuh".Siapa lah yang akan terima dan sanggup mendengar tuduhan berat seperti itu.

Sekiranya saya di tempat Rosmah, adalah lebih baik tuduhan-tuduhan liar itu diselesaikan dimahkamah saja .Biarlah Hakim yang menentukan samada segala tuduhan itu benar atau sebaliknya. Bak kata orang tua-tua mulut tempayan boleh ditutup dengan nyiru,tetapi mulut manusia...tiada siapa yang tahu kemana sudahnya hendak di jaja cerita sedemikian rupa.

Rosmah masih beruntung kerana suami beliau hanyalah dituduh oleh pihak Pembangkang yang tidak punya kuasa sama sekali.Beliau , sebagai isteri bakal PM, masih punyai 1001 kelebihan lain dibandingkan wanita biasa yang ditimpa fitnah seperti itu. Rosmah mempunyai peluang terbuka untuk meluahkan perasaannya di mana-mana media yang beliau suka samada di suratkhabar, radio atau televisyen. Beliau juga punya banyak wang untuk mendapatkan khidmat peguam handalan untuk menyaman mana-mana pihak yang begitu celupar itu.

Cuba bandingkan derita Rosmah dengan kesedihan wanita-wanita yang masih menjadi mangsa ISA , milik kerajaan Malaysia.

Puan Hapipah berasal dari Sabah. Suami beliau telah ditahan dibawah ISA bulan Jun 2002. Beliau yang menghidap penyakit jantung lebih 4 tahun tidak bertemu suami kerana tidak mampu untuk datang ke Kem Kamunting yang terletak di Semenanjung Malaysia.

Puan Norhata, juga berasal dari Sabah telah dipisahkan dari suaminya yang ditahan dibawah ISA sejak tahun 2006. Beliau terpaksa membesarkan 8 orang anak bersendirian sepanjang ketiadaan suaminya. Sejak hari pertama ditahan dibawah ISA, beliau tidak pernah langsung bertemu suaminya yang kni masih di kurung di Kem Kamunting.


Puan Jo, suaminya ditahan dibawah ISA pada tahun 2006. Beliau juga tidak pernah melawat suaminya di Kem Kamunting kerana tidak mempunyai wang untuk datang ke Taiping ,Perak.Pastinya wang lebih diutamakan untuk membiayai makan-minum lima orang anak-anak yang sedang membesar.



Suami saya telah ditahan pada April 2002..... hingga kini beliau tidak pernah pulang ke rumah....


Jika nak dibandingkan dengan Rosmah, nasib kami mangsa ISA adalah seperti langit dengan bumi.
Suami kami di tuduh dan dinamakan oleh Menteri Dalam Negeri sebagai ahli "pengganas Islam" dan disebarkan oleh semua media kerajaan. Kami tidak pernah diberi peluang dimana-mana akhbar, radio atau televisyen kerajaan untuk meluahkan rasa hati sebagai isteri tahanan ISA.Suami kami minta di bicarakan di hadapan hakim bersama bukti-bukti, namun hingga kini, Kerajaan Malaysia tidak pernah mendakwa mereka di mana-mana mahkamah.
Semua peluang itu ditutup rapat oleh pihak berkuasa !!!
Dan yang lebih buruk polis cawangan khas (SB) terus-menerus digunakan untuk mengekori, dan memantau kehidupan kami. Sekiranya ada antara kami yang ingin menyuarakan bantahan terhadap penahanan tanpa bicara ini, mereka akan diugut oleh SB dengan mengunakan pelbagai cara dan saluran menyebabkan kami menghadapi tekanan emosi yang lebih dari biasa.Sebahagian besar dari kami tiada pekerjaan tetap, punya anak-anak yang ramai dan semuanya sedang membesar. Suami tidak tahu, bilakah tarikh akhir akan dilepaskan dari Kem Kamunting.... manakala orang ramai pula turut takut kerana SB sentiasa memantau anggota masyarakat yang ingin membantu mengurangkan kesusahan kami, mangsa ISA.
Bukankah semua ini, lebih dahsyat lagi kedukaannya jika nak dibandingkan dengan masaalah Rosmah yang sedikit itu. Siapakah yang berani untuk membela nasib kami??

Read More !

Muffler ISA menghiasi AGM Bar Council.

| | 1 ulasan

" Have you taken your bath?" saja saya mengusik Asiah 7 tahun, yang datang kerumah saya seawal jam 8 pagi untuk bersama-sama membuka meja pameran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) bersempena mesyuarat tahunan Bar Council , di sebelah pintu utama Grand Ballroom, Hotel Legend." Of course YES!!" jawab beliau sambil membulatkan biji matanya. Mereka bertiga beranak, iaitu Nashita dan dua orang anak daranya Asma 10 tahun dan Asiah adalah teman istimewa saya di program tersebut. " Hi, I'm Kak Laila from GMI..." kataku sambil menghulurkan tangan untuk bersalam dengan seorang gadis tinggi lampai berbangsa India." Ohh...Sumitra.No need to introduce, I know you Kak Laila" ujar beliau tersenyum , kami bersalaman dan beliau memberi sepenuh kerjasama serta bantuan yang kami perlukan.

Sementara menanti kehadiran para peserta AGM, kami sempat bergambar bersama barang-barang keluaran GMI yang akan dijual pada hadirin.Sebelum ini, hanya ada lencana, buku dan baju T, namun pada hari itu, meja GMI di semarakkan dengan kehadiran muffler garang berwarna merah terang bertulis "No To ISA".
Semua barangan bertulis ISA itu adalah salah satu cara GMI untuk mendidik rakyat tentang akta zalim itu.Saya masih ingat pada tahun lepas, ketika berada di ruang pemeriksaan lapangan terbang, seorang staf penerbangan melihat lencana yang saya pakai di tudung dan beliau dengan beraninya menyebut bahawa ISA adalah akta yang zalim!!!
Pada AGM kali ini, kami boleh tersenyum sedikit kerana nampaknya setiap tahun, makin ramai peguam muda dan veteran di Bar Council memahami apakah ISA dan kesannya pada rakyat Malaysia. Tambahan pula sejak awal tahun 2007, jawatankuasa Hak Asasi Bar Council telah berjaya menganjurkan lawatan peguam ke Kem Kamunting dua minggu sekali, tujuan utama lawatan itu ialah untuk menziarahi tahanan ,terutamanya mereka yang tidak pernah dilawati oleh keluarga sendiri, supaya sentiasa bersemangat untuk meneruskan kehidupan.
Secara peribadi, saya amat menghargai lawatan tersebut kerana, setiap minggu, suami berpeluang keluar dari dorm dimana beliau ditempatkan dan dapat bertemu dengan tahanan ISA yang lain .Mereka sesama tahanan ISA dapat berbual dan bertanya khabar .Dimasa yang sama,peguam akan berkongsi maklumat tentang isu semasa dan kemudian diakhiri dengan makan beramai-ramai bersama peguam yang melawat mereka.
(Perjumpaan seperti ini tidak di berikan pada tahanan ISA dan keluarga. Mangsa ISA hanya dapat berbual menggunakan interkom disebalik cermin lutsinar!!.)
Terkini dari laporan lawatan itu, Saudari Oy Sim dari Bar Council menyatakan ada diantara peguam yang menghadiahkan majalah kesihatan, buku-buku dan ada yang membawa coklat untuk menghiburkan hati mereka yang sedang di kurung bagai banduan, tetapi tidak pernah sekalipun di bicarakan dimana-mana mahkamah.
It really is a noble job!!!!Peguam sanggub mengambil cuti, memandu beratus kilometer dari rumah masing-masing untuk pergi ke satu tempat yang boleh menyebabkan "periuk nasi" mereka terganggu, terpaksa melalui tiga pos kawalan, hanya untuk melawat orang-orang yang tiada sebarang ikatan samada persahabatan atau kekeluargaan. Namun semuanya dilakukan atas dasar kemanusiaan untuk memberi sedikit kegembiraan pada tahanan yang di jadikan mangsa oleh akta zalim ISA. Moga Allah membalas dengan yang terbaik segala usaha murni itu.
ISA menyatukan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Semuanya menolak ISA kerana ciri-ciri akta itu yang jelas meruntuhkan peri kemanusiaan, jahat,zalim, bersifat mala fide dan tidak diterima oleh mana-mana ugama di Malaysia ini.
Jelasnya, pihak pemerintah yang sedang mempertahankan akta tahan tanpa bicara ini akan terus di benci rakyat.Tidak mustahil, tidak lama lagi ISA akan di hapuskan terus dari bumi Malaysia ini.



Read More !

HARAKAH akan terbitkan buku untuk kempen Mansuh ISA.

| | 0 ulasan


Sejak menjadi "full time anti-ISA campaigner", saya menetapkan untuk membaca semula semua buku-buku mengenai akta Keselamatan Dalam Negeri walaupun ianya saya pernah baca tahun 2002 dulu, samada yang ditulis oleh pihak berkuasa atau dari bekas tahanan ISA itu sendiri. Disepanjang pengulangan itu, saya amat tertarik dan rasa tidak puas membaca buku-buku comel "Siri Malaysia Bebas Dari ISA" tulisan semula oleh sifu ISA saya, YB Saari Sungib.Buku itu adalah kupasan mendalam penulisan YB Saari ketika beliau ditahan 2 tahun di Kem Kamunting.Diterbitkan oleh GMI pada 2004 sempena pembebasan DS Anwar Ibrahim, walaupun sudah empat tahun berlalu,isi kandungannya bukan saja bersifat akademik , tetapi pengolahan ayat di buku itu menjadikannya terkini dan amat bersesuaian dengan kempen anti-ISA yang sedang dijalankan pada 2009 ini. Saya juga berhasrat untuk mempunyai buku mengenai ISA dari kacamata keluarga tahanan yang telah dipisahkan oleh akta zalim ini selama 7 tahun, namun saya tidak berfikir sendirian kerana rupanya En Lutfi , pengarang HARAKAH, juga mempunyai aspirasi yang sama.

Penerbitan buku ISA ini sudah lama disuarakan oleh En Lutfi dan beliau berniat untuk segera menjadikannya satu kenyataan. Walaupun sentiasa terikat dengan jadual harian yang padat namun penerbitan buku itu menjadi keutamaan beliau .Saya dan Nashita ( aktivis GMI) tidak dapat menyorokkan kegembiraan diatas niat dan perancangan penerbitan ini kerana pastinya akan bertambah lah bahan dan maklumat mengenai kejahatan dan kezaliman ISA untuk sebaran dan tatapan rakyat Malaysia sempena kempen Mansuh ISA tahun ini.





Read More !

Thumb up for YB Teresa for suing Home Minister.

| | 0 ulasan


DAP politician Teresa Kok today filed a suit at the Kuala Lumpur High Court against Home Minister and three others for unlawful arrest and false imprisonment last year.
The suit was filed by her lawyer Sankara Nair at the court registry this morning.Kok, the member of Parliament for Seputeh and the Kinrara state assemblyperson, named Home Minister Syed Hamid Albar, Inspector-General of Police Musa Hassan, arresting officer DSP E Kim Tien and the Malaysian government as defendants.
She claimed that she was wrongfully arrested and detained under the Internal Security Act (ISA) last year.
Thumb up for you YB Teresa!!! If I were you, I'l also do the same thing to clear the good name as well as to educate the people what is the real use of the ISA.In a different angle, the suit will help to expose more bad and draconian acts done by the UMNO-BN government to the Malaysians.

Read More !

Kami terlalu rindu padanya......

| | 4 ulasan

" Saya masih ada ayah, tapi dah lama sangat tak pernah jumpa, tak tahu bagaimana rupa ayah sekarang...." begitulah jawapan Fatihah, 8 tahun ketika aku dan Pengarang Harakah melawat beliau dan ibunya di Kampung Tinosa yang terletak di Sandakan Sabah pada September 2008. Aku perkenalkan diri sebagai "Cikgu Laila" dan dengan bangganya Fatihah menunjukkan hasil lukisan beliau yang menarik itu.

Tiba-tiba aku rasa menyesal pula bertanya soalan yang telah dijawab oleh Fatihah itu.Soalan orang malas!!!Mestilah Fatihah rindu sangat pada ayahnya, kerana lebih 6 tahun bapanya ditahan di Kem Kamunting yang terletak di Semenanjung Malaysia, beliau hanya dapat menziarahi 2 atau 3 kali saja pada 2005, ketika berusia 5 tahun!"Fatihah tak tahu samada rindu atau tidak pada ayah..." ujarnya lagi.

Ohhh!!! Aku amat memahami perasaan mu Fatihah. Nasib kita serupa... aku menjerit dalam hati. "Suami cikgu pun di kurung macam ayah Fatihah juga...." terbeliak mata Fatihah merenung wajah ku seolah-olah tidak percaya bahawa kami adalah senasib.
Ayah Fatihah , Ustaz Zainun Rashid telah ditahan di Sandakan pada bulan June tahun 2002.Beliau ditahan bersama dua belas orang yang lain dan dilabelkan sebagai "Ahli Jemaah Islamiyyah", namun yang lain semuanya telah dibebaskan, tinggal beliau seorang yang masih menghuni Kem Kamunting.

Kenapa Ustaz Zainun masih terus menerus ditahan? Isteri beliau Puan Hapipah ( ibu Fatihah) sakit, sukar untuk datang ke Semenanjung Malaysia, tidak pernah bertemu wartawan apatah lagi peguam... namun, apakah pula alasan beliau ditahan lebih lama lagi???

Sejak tahun 2007, Puan Hapipah disahkan mengidap penyakit jantung .Namun penyakit beliau menjadi lebih kronik pada akhir tahun 2008. Melihat fizikal dan raut wajah Puan Hapipah sudah cukup menjelaskan beliau sememangnya tidak sihat dan dalam keadaan yang sangat tertekan.
"Kak Laila, penyakit saya makin serius...... saya khuatir tak dapat bertahan lama... Saya terlalu rindu padanya (suami)..." demikianlah sms yang saya terima dari beliau baru-baru ini. Sms yang aku terima jam 3 pagi itu menyebabkan mata ini sukar untuk dilelapkan kembali.
Berat sungguh penderitaan mu Pipah... Aku dapat bayangkan betapa kerasnya kehidupan mu disana. Tanpa sebarang pekerjaan tetap, beliau terpaksa memikirkan sara hidup dua orang anak yang masih kecil itu.
Tanpa kaunselor, terlalu kurang aktivis hak asasi manusia atau peguam yang boleh berkongsi bebanan perasaan yang terlalu membelenggu hati dan minda...Beliau hanya dapat berkongsi masaalah dengan suami tercinta melalui kriman surat-surat sahaja.. dan tiada apa yang dapat dilakukan oleh suami yang masih terkurung untuk menyelesaikan masaalah melainkan memohon pada adik beradik serta kawan-kawan supaya melawat Hapipah dan membantu seadanya...
Aku amat memahami keadaan mu. Sebagai wanita yang sedang sakit, pastinya kau amat perlukan kehadiran seseorang yang mampu mengambil berat ,memberi perhatian dan kasih sayang untuk mengurangkan kesakitan mu itu....
" Bertahan lah Pipah, aku yakin, Menteri Dalam Negeri akan bebaskan suami mu dalam masa terdekat ini." itu saja yang dapat aku balas. Aku amat pasti, wanita bertudung labuh seperti Hapipah, sentiasa menyerahkan kehidupannya kepada Allah yang mencipta beliau.Namun dimasa yang sama, kata-kata indah dan murni akan memberi sedikit kelegaan terhadap kesengsaraan yang beliau hadapi....
P/s: GMI amat mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk Puan Hapipah dan dua anak beliau melalui Puan Nashita di talian 0132096373.



Read More !

YB Lih Kang( Perak) datang ke AU 5.

| | 0 ulasan

Sebaik saja selesai mesyuarat ringkas dengan Hj Mat Sabu di Pejabat PAS, kami terus pulang kerana pada sebelah malamnya , ada ceramah di AU 5, iaitu kampung kami. Kami berdua tak sabar untuk menunggu kedatangan YB Chang Lih Kang dari Ipoh yang akan berceramah mengenai isu terkini di Perak. Tudung kuning! Kami tak pernah berjanji pun untuk memakai tudung warna yang sama namun, seolah-olah menjadi satu kebiasaan, kami mempunyai gerak hati yang hampir sama.

Malam itu , Selasa 10 March, selesai solat Isya, saya bergegas ke AU 5 untuk menunggu ketibaan adik kami, YB Lih Kang.Kebetulan ,sejurus saya sampai, beliau kelihatan membelokkan kenderaan ke perkarangan dewan orang ramai AU 5. " Hai Kak Laila!!! " jerit Lih Kang dengan gembira.Kami sudah seperti adik-beradik, dalam keluarga besar Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).
Sementara menunggu orang ramai hadir memenuhkan dewan, kami sempat berbual-bual dan isu ISA tetap menjadi tajuk utama perbincangan. Pastinya beliau tidak pernah lupa mengingatkan saya supaya terus kuat dan bersabar dengan penganiayaan dan kezaliman yang masih menyelubungi diri saya sekeluarga.
Seingat saya, selain YB Saari Sungib, YB Lih Kang juga dalam ceramah beliau akan berusaha mengaitkan ISA dengan sebarang pencabulan hak asasi yag dilakukan oleh pihak berkuasa keatas mana-mana rakyat di Malaysia hari ini.

Jam 9.20 malam, barulah ceramah bermula. Saya masuk kedalam dewan untuk sama-sama mendengar ceramah Lih Kang.
Saya teringat kembali, pada tahun 2005 dulu ketika GMI mengadakan "roadshow teater" di Melaka, saya berada di pentas untuk berceramah tentang ISA, Lih kang yang menemani saya ketika itu berada di bawah sambil menjual barangan GMI seperti buku dan lencana....Tapi pada malam itu, keadaan menjadi sebaliknya.Saya pula berada di lantai untuk mendengar perkongsian dari beliau....
"Hows my speech just now?" tanya Lih Kang kepada saya sambil tersenyum.Saya dah agak, beliau akan bertanya mengenai "prestasi" perkongsian itu. Beliau bercerita mengnai suasana terkini di Perak dimana, yang diperlukan sangat hanyalah pembubaran DUN supaya dapat diadakan segera "fresh election".Biarlah rakyat Perak yang menentukan Menteri Besar mana yang mereka suka supaya pentadbiran awam, agihan ekonomi dan kehidupan sosial warga tempatan dapat berjalan seperti biasa.
Diakhir ceramah, YB Lih Kang sempat memohon sokongan dari orang AU5, "sekiranya ada fresh election di Perak, sudikah anda semua datang ke sana untuk memberi bantuan?" ... Dan dewan bergemuruh dengan jawapan " Ya!! Mesti!!!" dari para hadirin.
YB Lih Kang mengakhiri ucapan pada malam itu dengan kalimah berikut " Wa bi Llahi taufik wal hidayah, assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh ".Ramai yang tersenyum dengan ucapan itu kerana yang hadir pada malam itu 99 peratus adalah orang Melayu.
Komen saya? "The speech was very good.I really proud of you.You have improved alot , especially your bahasa and the intonations... tapi next time dont forget to tell the Malay crowd, you pernah ambil Undang-undang Islam di UM...tapi belum habis... " kami sama-sama tersenyum.


Selain YB Lih Kang, penceramah lain yang hadir malam itu ialah Ust Badrul Amin, YB Khalid Samad, Shamsul Iskandar dan di akhiri oleh YB Saari Sungib.Alhamdulillah, rasa gembira kerana dapat menemani Lih Kang yang datang dari jauh, semata-mata untuk memberi cerita "live' mengenai rakyat Perak.
Sebelum meninggalkan AU 5, Lih Kang sempat meminta saya menyampaikan ucapan "salam" beliau pada AJK GMI yang tinggal di daerah ini seperti Nashita & anak-anak, Kak Jije, Pak Abu (YB Saari) dan Zainal.
Memang ya, di abad ke 21 ini, yang menyatukan rakyat Malaysia adalah ISA , untuk menunjukkan betapa rakyat mula faham erti pencabulan hak asasi dan pelbagai kejahatan lain yang berpanjangan ,semuanya angkara dan kesan dari akta zalim ISA yang disayangi oleh pihak berkuasa....


Read More !

Himpunan Mansuh ISA tetap diteruskan!!!

| | 1 ulasan

Himpunan Mansuh ISA tetap akan diteruskan! demikian menurut Tn Hj Mohammad Sabu, Naib Presiden PAS. "Sebelum ini kita beri peluang pada orang2 veteran bersuara mengenai PPSMI, lepas ni kita buat untuk mansuh ISA pula" demikian jelas Tn Hj Mohamad Sabu dalam nada bergurau.

Semalam, kami menghadiri mesyuarat ringkas yang diadakan oleh Naib Presiden PAS, Tn Hj Mohamad Sabu di bangunan PAS, K.L.Turut hadir ialah Ketua Pemuda Wilayah, Kamaruzaman Yusof manakala dari Gerakan Mansuhkan ISA(GMI) ialah Syed Ibrahim, Ustazah Nuridah, Nashita dan saya.

Semuanya bersetuju memutuskan ,himpunan akan tetap diteruskan,cuma tarikhnya di ditukar dari penghujung March kepada bulan June 2009.

Pada bulan June nanti, suasana politik negara mungkin berbeza kerana PM telah bertukar tangan dari Pak Lah pada Najib Razak. Walaupun belum lagi tiba June, namun spekulasi dan andaian telah hangat tersebar bahawa ISA akan lebih sering dan lebih luas penggunaannya....


Read More !

6 Mac juga di cabul oleh ISA.

| | 8 ulasan

Sejak 6 Mac 2003, hari lahir saya disambut disambut dalam suasana muram kerana teman hidup saya sedang dikurung tanpa sebarang bicara di Kem Kamunting. Kad ucapan, sejambak bunga , cokelat Ferro Rocher atau Van Houten sudah menjadi kebiasaan, hadiah dari para pelajar diharijadi saya.Ada ketikanya, ia disertai sebiji kek coklat lembab dan ice-cream coklat untuk di makan bersama di waktu rehat.... ahhh!!! segalanya adalah antara kenangan yang terlalu indah untuk diingati. Thanks, dear pupils, I luv all of you!!!

"Happy birthday to my beloved mum...." Semenjak ketiadaan bapanya, Suhaib adalah orang pertama yang akan memberi ucapan hari jadi pada saya....Syukran Suhaib.
Kebiasaannya, adik-adik saya akan menghantar ucapan melalui sms sebagai tanda ingatan terhadap hari jadi kami."... didoakan agar dihimpunkan segala kesabaran, ketabahan dan keteguhan iman para salafus soleh pada mu..." ucap Hajar, yang sedang memegang anaknya yang tidak berambut itu. Sekian lama SB cuba merosakkan jalinan persaudaraan kami semua tapi akhirnya... kasih sayang kami bertaut dan rapat kembali.... My eldest and youngest brother also wrote kind words in their smss.Thanks to you guys.

" Happy birthday in advance... if Abang Mat Sah ada..." demikianlah ucapan dari Tina dari Bar Council HR yang membuat hati ini hiba. Thanks Tina.Selain ucapan dari Tina, baru perasan di facebook saya ada ucapan dari Chen, wartawan Merdeka Review dan Dara Wahida dari Perak BAR. Tidak dilupakan adik-adik dari SUARAM... Mun Hui, Chaiyi, Nalini... thanks for the wishes. They means a lot to me....



Cantik kad hari jadi warna hijau dari Asma, sangat istimewa kerana ianya tidak dijual dimana-mana kedai kad.Its personally cut and designed for me!!! Asma', thanks for the birthday card.




Birthday celebration would be meaningless without the presence of "my other half". Tako-tao, chocolate cheesecake, blueberry cheesecake, sushi, mushroom fried rice, icecream and fresh orange(my goodness)......really made the moment more than just a simple dating!!!Thanks for the treat Nash, but we definitely not advisable to have these courses quite often because they will ruin our daily diet.....

Saya tidak tahu, bilakah 6 Mac dapat di bebaskan dari belenggu ISA.....

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]