"Saya bukan ustazah..."

| | 0 ulasan

Sejak pulang dari lawatan sekitar Kota Makkah, demam dan lelah ku tidak berkurang, malahan makin teruk.Aku berdoa supaya tidak masuk wad kerana ketika itu, beberapa orang jemaah haji dari maktab kami telah di hantar ke hospital untuk mendapat rawatan lanjut.! Untuk mengurangkan kesakitan, aku banyakkan berehat dan  solat di bilik hotel saja.

Pada satu pagi, ketika bangun tidur, ku lihat rakan-rakan sebilik semuanya tidak ke Masjid.Semuanya sedang batuk dan tidak mampu untuk berjalan ke Masjid. Mereka ingin solat di bilik kerana surau di tingkat bawah hotel juga sudah terlalu padat dengan jemaah.

Aku  yang masih lelah, hanya memerhatikan mereka menyusun deretan sejadah. Bila azan berkumandang, mereka masing-masing berdiri untuk melakukan solat sendirian. 

"Kenapa tak solat berjemaah? Nanti tak dapat pahala macam solat di Masjidil Haram..." tanyaku dalam nada suara yang di selang seli dengan batuk yang kuat.
" Tak de orang  yang berani jadi imam.." kata Kak Mun. 
"Owhhh...kalau macam tu, ikut saya je lah......" kata ku lagi.Ketika Solat Subuh, mereka semua bersetuju menjadi makmum. Aku benar-benar tidak larat ketika itu.Usai saja solat,  membaca doa sependek yang mungkin dan terus baring semula di katil...

Untuk waktu-waktu berikutnya, Zuhur, Asar , Maghrib hingga Isya, aku menjadi imam solat mereka. Pada waktu Maghrib , Isya dan Subuh, aku sedaya upaya menguatkan sedikit bacaan walaupun terpaksa agak meneran ketika itu. Walaupun suara tidak jelas, ternyata "roommates' agak berpuas hati...Mereka mendoakan supaya aku segera sembuh..... 


Sejak peristiwa menjadi imam solat, mereka mula rajin bertanya mengenai bacaan-bacaan dalam solat serta doa-doa yang mudah untuk di baca.Semua berusaha memperbaiki bacaan dalam solat supaya Allah memberi haji yang mabrur! Syukur al Hamdulillah, aku membawa dua buah buku doa hadiah dari Puan Ema, salah seorang ibu di sekolah ku. Buku "Himpunan doa-doa di Tanah Suci" serta "Solat-solat sunat" amat berguna dan amat membantu ku berkongsi maklumat dengan rakan sebilik. Buku itu bergerak dari tangan ke tangan dengan cepat. Mereka yang usianya lebih senior juga tidak malu bertanya tentang cara-cara mengerjakan solat wajib dan solat sunat  sama  seperti yang di amalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

" Terima kasih ustazah kerana sudi ajar kami...." ujar mereka.
"Saya bukan ustazah....buku-buku tu yang banyak membantu kita." jawab ku lagi.

Syukur , syukur dan syukur ya Allah kerana rutin harian di Malaysia, memberi banyak kebaikan ketika di Tanah Suci ini......Rutin harian di Malaysia ialah melakukan solat lima waktu selengkapnya, dan di sekolah pula, aku turut menjaga murid-murid supaya bersolat dengan  bacaan yang betul dan pergerakan tertib.....

Syukur al Hamdulillah.....dalam keuzuran, masih dapat berkongsi sedikit ilmu dengan kawan-kawan yang lain...............bersambung

Read More !

Sakinah dan mawaddah di Jabal Rahmah.

| | 0 ulasan

Selepas menyelesaikan umrah wajib, keesokkan harinya kami pergi ke Masjidil Haram seperti biasa. Biasanya aku dan suami pergi seawal jam 3 pagi, dan selesai solat Subuh dalam pukul 6 pagi, kami sudah tiba di bilik hotel. Kalau ikutkan hati memang nak solat setiap waktu di masjid, namun, jarak yang agak jauh membuatkan fizikal kami tidak dapat menerima aktiviti tersebut.......

Jika di Madinah, aku tidak mengalami sebarang masaalah, kesihatan mula terganggu sebaik saja tiba di Makkah. Pada hari ke lima, ketika kami menyertai lawatan sekitar kota Mekah dimana kami melawat, Jabal Thur, Jabal Rahmah , Arafah  serta Mina, aku sudah mulai merasai seram sejuk.



Aku sempat berposing di hadapan Jabal Thur, yang ada sebuah gua di dalamnya. Gua Thur ini adalah satu nama yang amat besar nilai dan kisahnya dalam sejarah perjuangan nabi Muhammad SAW.Inilah gua dimana ketika  Nabi Muhammad SAW dan teman setianya, Abu Bakr dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, mereka berhenti dan berlindung dari di kejar oleh intel kafir Quraish.....Ketika Nabi berlindung , mereka mendapat bekalan makanan dan susu yang di hantar oleh Asma' Binti Abu Bakr.Melihat pada fizikal bukit itu, ternyata terlalu mencabar perjalanan itu. Dan di masa yang sama, aku terasa amat-amat kagum dengan keberanian dan kekuatan fizikal Asma' yang begitu berani serta kuat mendaki bukit berbatu-batan serta curam itu untuk menghantar bekalan makanan kepada mereka (Nabi Muhammad dan Abu Bakr)yang sedang di kejar oleh musuh.....

Aku hanya sekadar melihat dari jauh saja kehebatan Bukit Thur yang menyimpan keseluruhan kisah,cerita dan  rahsia bagaimana perasaan Nabi Muhammad SAW dan Abu Bakr ketika itu....
.
Seterusnya rombongan kami berhenti di Jabal Rahmah, sebuah tempat yang doanya amat mustajab terutama untuk memohon supaya kasih sayang dan keharmonian rumah tangga tetap berkekalan. Ada juga yang  berdoa untuk mendapat pasangan yang soleh, sehati dan sejiwa. Tidak kurang juga yang memanjat bukit ini hingga ke puncaknya untuk meminta@berdoa supaya  kehidupan rumahtangga mereka sentiasa mendapat sakinah, rahmah dan mawaddah......amat romantik rasanya berdiri di hadapan bukit ini.....dan aku sempat membaca doa titipan dari teman-teman di Malaysia, di sini....

Kami kemudian melawat Arafah  dan Mina. Pulang dari dua tempat itu, aku dan suami terus demam. Aku mengalami lelah yang amat serius hingga terpaksa berjumpa doktor untuk menyedut "nebuliser'. Ketika demam dan lelah yang terus itu, aku tidak dapat pergi ke Masjid, justeru, hanya solat di bilik hotel saja....
Ketika itu, suami@ Mat Sah juga mengalami demam yang serius hingga tidak mampu untuk berjalan ke Masjid.....

Kami redha dengan ujian demam serta lelah....kami yakin, semua yang terjadi adalah untuk menghapus dosa-dosa kami......                                                bersambung.


Read More !

Bagaimana keadaan di Makkah?

| | 0 ulasan

Pada hari Sabtu 6 Oktober 2012, selepas Zohor, semua jemaah haji dari KT42 bertolak ke Makkah. Kami menaiki bas.Barang2 kami di letakkan diatas bumbung bas. Aku melihat sendiri beg2 itu di campakkan dan di tangkap dengan begitu "expert' oleh para petugas Muassasah, iaitu pengurus tempatan@ dari Arab Saudi  yang akan mengendalikan pergerakan kami di Makkah di sepanjang musim haji ini. Patutlah beg besar@ beg bagasi ku rosak teruk, "ganas" juga mereka ni buat kerja....Walau apa pun yang terjadi, kami tak berani nak komen apa pun...sabar je.....

Dari Madinah , bas berhenti di Bir Ali dan kami menunaikan Solat 2 rakaat di sebuah masjid di situ. Kami sebenarnya telah niat berihram sejak keluar dari hotel  di Madinah lah lagi dan di sini, semua jemaah haji di peringatkan oleh petugas Tabung Haji supaya tidak lupa berniat ihram untuk melakukan umrah wajib ketika tiba di Makkah 7-8 jam kemudiannya.

Tepat  jam 10 malam, bas tiba di hadapan hotel kami iaitu Rawdhat As Shooroq....kedudukan hotel ini , yang kami panggil Maktab, memang agak tersorok....al Hamdulillah selamat tiba di sana dan kami segera bergerak ke bilik yang di sediakan. Di hotel ini, aku mendapat dua orang "room mate" yang baru ,tapi kehilangan Ti, kerana namanya terletak di bilik lain. Setelah meletakkan beg galas di bilik, aku mendapat sms dari suami supaya menanti beliau di lobby maktab.....

Ketika dalam ihram, kaum wanita tidak menghadapi sebarang masaalah kerana kami hanya perlu menutup aurat sepertimana bisa...namun yang agak kelihatan janggal ialah orang lelaki kerana mereka hanya memakai dua helai tuala besar untuk menutupi tubuh.Ada beberapa pantang larang yang wajib di patuhi ketika dalam ihram dan semua pantang larang itu tamat sebaik saja selesai tawaf, saie dan bertahlul.....

"Kita akan ke Masjidil Haram sebentar lagi untuk tawaf, saie  dan tahlul@ (bercukur atau memotong beberapa helai rambut)...." kata  Dr K, seorang pensyarah@ustaz dari sebuah universiti ternama di M'sia, rakan sebilik suamiku.Hatiku berdebar-debar kerana sebentar lagi, aku akan dapat melihat Kaabah dari dekat!!!

"Ya Allah, permudahkanlah urusan kami...." doa ku setiap saat....

Jika di Madinah, hotel kami jauhnya cuma 50 meter dari Masjid, tapi di Makkah, jarak hotel ke Masjidil Haram ialah 900 meter.....jauh tu!! Jam 11 malam waktu Makkah, kami  lima pasangan bergerak ke Masjid. Kami berjalan melalu bawah jejantas, menyeberangi jalan  yang agak sibuk dan terus bergerak ke arah Masjid. Kasut jenama 'croc' yang ku pakai, walaupun amat lembut tidak dapat menampung kesakitan  kakiku sebaik saja tiba di hadapan masjid. Buat pertama kalinya aku merasa agak dukacita kerana hayalan ku untuk melihat Masjidil Haram sepertimana yang biasa di lihat di poster atau gambar dalam keadaan yang yang asli, segalanya  telah musnah. Kini, petanda masjid ialah sebuah jam besar empat segi yang di bina diatas sebuah hotel bertaraf lima bintang!!Dan menara jam itu boleh di lihat dari jarak lebih 5 km!!

"Kita  turun tawaf di pintu King Abd Aziz  nanti selepas saie dan  tahlul, kalau terpisah.... kita jumpa di hadapan kedai Bin Dawood.." demikian jelasnya arahan dari Ustaz. Kami semua mencatat sesuatu dan segera menuruti Ustaz dr K  turun ke dataran Kaabah. Pertama kali melihat Kaabah dari dekat membuatkan hatiku sayu... keliling Kaabah penuh dengan jentera krane yang besar dan tinggi. Sekeliling Kaabah sedang dalam pembinaan. Patutlah kami para jemaah haji di wajibkan menutup muka samada menggunakan "surgical mask " atau berniqab.Keadaannya seolah-olah Masjidil Haram berada di tengah-tengah hotel !


Debu? Aku tidak berani nak komplen atau komen apa-apa. Segala perasaan negatif di hati, di buang jauh-jauh....kerna di tanah haram ini, walau ada sedikit pun perasaan yang tidak enak, biasanya Allah akan tunjukkan ketika itu juga secara tunai!!

Sebaik turun di dataran Kaabah, kami segera menuju ke arah Hajar Aswad yang di tanda dengan sebuah lampu hijau. Kami memulakan ibadah tawaf  mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali bermula dari Hajar Aswad  dan berakhir di tempat yang sama. Pergerakan ini di mulai dengan doa  beserta istilam(mengangkat tangan sebelah kanan sebagai isyarat mengusap Hajar Aswad), dan di sepanjang  pusingan pertama berdoa samada doa yang biasa dibaca selepas solat atau doa yang  sediakan oleh Tabung Haji. Ketika tawaf tiba antara Rukun Yamani hingga Rukun Hajar Aswad, kita di galakkan membaca  doa "Robbana atina fid dunya hasanah....."...kemudian mulai aktiviti yang sama untuk pusingan seterusnya......hingga lengkap ke pusingan ke 7!

Untuk tawaf yang pertama dan juga tawaf wajib ini, kami hampir mengikuti segala pergerakan Ustaz kerana khuatir membuat kesilapan . Hampir kebas tangan ku memegang talipinggang suami kerana tidak mahu  tertinggal di belakang. Kebetulan ketika itu dataran tidak terlalu sesak, jadi kami berjaya menyempurnakan tawaf dalam masa yang tidak terlalu lama. Selepas itu kami beredar ke arah Safa dan Marwah untuk melakukan saie.....


Jika tawaf, kami mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali, ibadah saie pula kami lakukan dengan berjalan ulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak tujuh kali dan  jaraknya dalam 4.3 km....Aktiviti  tawaf dan saie di lakukan dengan berkaki ayam. Ibadah saie di lakukan sempena kisah Hajar, isteri Nabi Ibrahim Alaihissalam yang di perintahkan supaya mencari air dengan berjalan@ berlari anak antara dua bukit iaitu Safa dan Marwah..Pastinya perjalanan Hajar ketika itu amat payah ,dengan cuaca panas dan jalan yang berbatu batan dan tidak rata...Semuanya dilakukan hanya kerana pmenuruti perintah Allah SWT!

.Ya, amat jauh bezanya dengan ibadah yang kita lakukan pada hari ini dimana para jemaah haji berjalan diatas lantai tile yang di kiri kanannya terdapat deretan tong berisi air zam-zam "cold" dan persekitaran yang ada aircond......Disebalik semua kemudahan itu, aku masih merasakan "penatnya" sebaik saja selesai melakukan dua ibadah penting tersebut.

Sebaik saja selesai bertahlul iaitu  memotong beberapa helai rambut, maknanya kami sudah selesai melengkapkan  umrah wajib dan selepas ini, kami sudah bebas dari pantang larang ihram....Sebelum pulang ke hotel, aku dan suami sempat bergambar di hadapan Kaabah ........................bersambung.








Ketika

Read More !

Jazaakumullahu khairan pada Abu dan Ummu Farhan Al Madani

| | 0 ulasan

Antara kenangan paling manis di Madinah ialah tatkala mendapat sms  dari bekas pelajar saya yang sedang belajar di salah sebuah universiti di sana."Ahlan wa sahlan Cikgu....kami menanti kedatangan Cikgu.." itulah antara ayat-ayat dalam sms Abu Farhan. Siapa sangka, di satu tempat yang begitu asing, tiba-tiba ada bekas pelajar yang mengingati kita...aku rasa amat gembira  dan sangat istimewa...Aku pernah mengajar pasangan ini lebih 10 tahun yang lalu, kedua nya sering bergaduh dalam kelas...tak sangka, bila dewasa, mereka jadi pasangan suami isteri yang amat romantik...

Abu Farhan telah meraikan aku dan Mat Sah kesebuah restoran di kota madinah." Inilah satu-satunya restoran yang membenarkan wanita makan di dalamnya..." ujar Ummu Farhan padaku.."Owh...wanita di Madinah tak makan malam di luar ke?..." tanyaku pada Ummu Farhan dan kedua-dua mereka tersenyum mendengar pertanyaan ku tadi..."Silap tanya soalan kot..." kataku dalam hati.....

Pertama kali memasuki restoran yang amat eksklusif  itu...membuat diri ini amat istimewa...he he he....Teringat di bilik hotel tadi.beberapa minit sebelum aku keluar untuk makan malam bersama Ibu dan bapa Farhan.. Semua rakan sebilik sibuk bertanya, aku dan suami hendak kemana, siapa yang bawa...Aku hanya mengenyitkan sebelah mata pada Ti, Kak Mun dan Eda sambil minta mereka mengunci pintu bilik....

Dan.....kami berdua terkejut dengan makanan yang di hidangkan.....nasi Arab berlauk daging kambing , unta dan ayam  serta nasi  Bukhari dengan jumlah yang begitu banyak, hanya untuk 4 orang saja.???.....Sambil berbual, tangan menyuap makanan ...akhirnya aku dan suami mengaku kalah kerana kami tidak dapat menghabiskan  semua hidangan tersebut....Agak lewat malam, kami di hantar pulang ke hotel.....
Keesokan harinya,  aku  di bawa meronda pasar kurma  yang jauhnya cuma 10 minit dari hotel kami....Ummu dan Abu Farhan sudah lama tinggal di Madinah, jadi mereka tahu kedai mana yang memberi jualan terbaik. Namun, aku perhatikan, hampir semua kedai menjual kurma, coklat dan kekacang dengan harga yang amat rendah. Menurut Abu Farhan,  kurma yang di tanam di tanah haram  dijual agak mahal berbanding kurma yang  di tanam di tanah halal....Contohnya, kurma tanah haram sekilo RS100, kurma tanah halal sekilo RS70 je....dan ianya juga bergantung pada gred buah tersebut. Walau apa pun, banyak yang kami pelajari mengenai  Madinah dan penduduknya dari kedua mereka....

Kepada Ummu dan Abu Farhan, cikgu ucapkan terima kasih, jazaakumullahu khairan ...moga Allah balas dengan syurga segala budi baik antum kepada kami berdua...I'm really proud of  the both of u.......................bersambung.



Read More !

Kekuatan kakiku bermula di Madinah.....

| | 0 ulasan

Kami tinggal di Madinah selama 8 hari saja. Masa berjalan terlalu cepat. Belum puas rasanya kami menikmati keindahan masjid berkubah hijau itu. Menuju hari-hari terakhir, aku sudah merasai kesayuannya. Namun sesekali aku senyum sendirian bila teringat betapa teruknya keadaan ku di hari pertama menjejakkan kaki di dataran  masjid. Bersama rakan sebilik, akulah biasanya orang yang paling lambat berjalan kearah pintu masjid. Rasanya kawan-kawan di Malaysia tahu sangat dengan perangai ku yang agak "malas" berjalan kaki...Namun, dalam usaha untuk mendapat haji yang baik, di Madinah, aku sentiasa berusaha mempertingkatkan kekuatan fizikal  supaya dapat berjalan dengan laju agar segera sampai di pintu masjid yang kami tuju..... Setiap hari, bermula dengan solat Subuh, Zohor, Asar, Magrib dan Isya...aku telah berjalan sejaun lebih 500 meter! Selama 8 hari , aku telah berjaya melakukannya...!al Hamdulillah....
Ketika ada waktu senggang, selepas Solat Subuh dan solat Zuhur, aku dan teman sebilik sempat membeli sedikit barangan untuk di jadikan ole-ole bila pulang ke Malaysia kelak.
Ada ketikanya, aku bersama Mat Sah berjalan di sepanjang deretan kedai dan hotel di sepanjang kawasan Masjid Nabawi. Kami melihat-lihat barangan yang di jual.....semuanya amat menarik....Untuk kaum wanita, biasanya yang paling di gemari ialah deretan kedai yang menjual jubah atau abaya...Sekiranya pandai berbahasa Arab, ianya akan menjadi satu kelebihan ketika tawar menawar harga barangan yang menjadi idaman....tapi bagi kami yang tak pandai berbahasa Arab ni, ada ketikanya "kene sembelih" oleh Pak Arab yang sengaja menjual barangan mereka dengan harga yang melambung!
Walau bagaimana asyiknya  dan sayangnya kami dengan kota Madinah, kami tidak dapat tinggal lebih lama lagi kerana misi utama ialah pergi ke Makkah  untuk mengerjakan ibadah utama di sana.....Sedih tetap sedih, namun kami wajib berpegang pada hakikat...... Apa yang jelas ialah, bagi "first timer" seperti aku dan suami, memilih Madinah sebagai destinasi awwal sebelum ke Makkah ialah satu pilihan yang tepat kerana di sinilah bermulanya graf kekuatan fizikal dan mental kami  sebelum menuju ke Makkah dimana kami bakal menghadapi pelbagai aktiviti ibadah yang lebih mencabar......

Aku sentiasa bersyukur ke hadrat Allah, walaupun agak lewat dapat peluang mengerjakan haji, namun di usia ini, ianya adalah waktu yang paling sesuai  dari sudut ilmu, kekuatan mental dan fizikal untuk melaksanakan  rukun Islam ke 5 itu. Di antara ribuan jemaah haji yang di temui,berbanding dengan mereka yang berusia antara 55 hingga 75 tahun aku merasakan "masih muda" untuk mengharungi setiap cabaran  di hadapan......................................bersambung...


Read More !

Tabung Haji jual kurma terlalu mahal?

| | 0 ulasan

Pada hari ke tiga di Madinah, kami  dari KT42 di bawa melawat ke beberapa tempat yang telah di tetapkan oleh Tabung Haji. Dalam fikiran ni, sentiasa berlegar, bagaimanakah rupanya Bukit Uhud yang amat terkenal dalam sejarah itu  dan macam-macam lagi....
Beginilah rupa Bukit Uhud yang gondol tanpa sehelai daun pun. Bukan Bukit Uhud saja, hampir semua bukit di daerah ini memang tercipta dari jenis batu batan keras yang tiada sebarang tumbuhan diatasnya...namun menurut Ust Kamaludin, yang jadi 'tourist guide' kami,pada musim sejuk, akan kelihatan lumut hijau di celah batu, yang menjadi makanan biri-biri.....
Sebaik tiba di kawasan ini, kami di ceritakan kembali tentang peristiwa Perang Uhud yang amat terkenal dalam sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW bagaimana tentera Islam ketika itu hampir di kalahkan oleh tentera kafir dan Saidina Hamzah turut syahid dalam pertempuran itu.... Kami mendengar dengan khusyuk sambil cuba menghayati dan merasai betapa kuatnya keimanan dan fizikal umat islam di zaman itu...
Selepas Bukit Uhud, kami dibawa ke Masjid Quba', antara masjid yang pertama di bina oleh Nabi Muhammad sebaik saja baginda dan rombongannya tiba dari Makkah ke Madinah. Dari filem "The message", masih teringat bagaimana hangat dan meriahnya sambutan yang di berikan oleh penduduk Madinah pada Nabi Muhammad SAW dan semua yang berhijrah bersama baginda.....
Lawatan itu tidak lengkap jika para jemaah haji tidak di bawa ke ladang kurma milik Tabung Haji yang di beli dan di kendalikan sendiri oleh orang Malaysia. Besar juga ladang tersebut yang boleh menampung keperluan lebih 28 ribu rakyat Malaysia yang ingin membeli kurma untuk di bawa pulang ke Malaysia.
Aku dan suami tidak lah "shopping" sangat....sekadar membeli beberapa kilo kacang dan cokelat. Harga kurma dan kekacang di ladang ini di katakan dua kali ganda lebih mahal dari harga di kedai-kedai  biasa di sekitar Masjid Nabawi.....Ramai juga pak aji dan mak aji yang datang dari daerah pedalaman di Malaysia  tertanya-tanya, kenapa Tabung Haji menjual makanan tersebut dengan harga yang begitu tinggi???

Wallahualam, tiada jawapan untuk soalan itu...........



Read More !

Rakan sebilik di Al Haram.

| | 0 ulasan

Sesiapa saja yang mendapat peluang ke Tanah Suci Madinah dan Makkah, pastinya berdoa dan berharap mendapat teman sebilik yang terbaik sepanjang permusafiran di bumi barakah itu...Aku turut berdoa moga di pertemukan dengan mereka-mereka yang jujur serta bersungguh-sungguh dalam menjaga niat dan amalan untuk mengerjakan haji.
Ketika membuka piantu bilik 935, aku berkenalan dengan Ti dari Bangi ,  sedang  belajar di peringkat Master.Hebatnya suri rumah ni !! Kemudian, aku bersalaman dengan Eda, dari Melaka , ibu kepada lapan orang anak , wanita cantek yang  paling muda di kalangan kami. Jamilah, yang sudah tujuh kali datang ke Makkah dan Madinah, mengerjakan haji kali ke 2  tahun ini.Jamilah yang sebaya dengan ku adalah isteri seorang aktivis tegar UMNO  manakala Kak Mun,  adalah seorang isteri kepada seorang bekas polis. Diantara kami berlima, hanya aku seorang yang berkerjaya, sementara yang lain  adalah suri rumah sepenuh masa.....

Ti  seorang  yang amat bijak dan ambil berat tentang  hal-ehwal ibadah dan sentiasa sedia memberi jawapan kepada sebarang pertanyaan tentang ugama. Mungkin disebabkan beliau adalah isteri kepada seorang ustaz yang berpendidikan tahap Ph.D, mudah untuk kami merujuk tentang hal ehwal ibadah kepada suami beliau...Jamilah kami panggil sebagai "mutawwif" kerana pengalaman dan kekerapannya bertandang ke Madinah ini.Eda, adalah seorang yang amat rajin membaca buku-buku tentang langkah-langkah penting ketika mengerjakan ibadah haji....  manakala Kak Mun , yang paling senior diantara kami, di anggap sebagai teman yang paling memahami ketika ada antara kami yang demam atau sakit.....


Sebelum ke Madinah, aku  di nasihatkan oleh kawan-kawan yang biasa mengerjakan UMRAH supaya bergerak ke Masjid bersama suami masing.. Namun setelah beberapa jam berada di sini, aku  lebih selesa untuk bergerak bersama rakan sebilik kerana kami akan sama-sama solat di bahagian wanita. Kami sama-sama memilih tempat yang menjadi kegemaran dan akan sama-sama pulang ke hotel setelah semuanya selesai. Ada ketikanya, kami sama-sama singgah melihat jualan murah di sepanjang jalan ke arah masjid.

Ketika di Malaysia, aku rasa agak fobia dan stress dengan sesiapa saja yang mengaku ahli tegar ataupun penyokong UMNO. Mungkin pengalaman lebih 7 tahun di zalimi oleh penguasa ISA yang terdiri dari orang-orang UMNO, agak sukar untukku menerima mereka-mereka yang masih menyanjung parti Melayu itu.

Namun di Madinah, semua perasaan itu ku simpan kemas. Segenap perasaan dan jiwa raga hanya di tumpukan untuk melakukan ibadah yang terbaik dan aku sentiasa berdoa agar berjaya menjadi tetamu Allah yang terbaik dan dapat bersabar ke tahap maksimum setiap masa.........bersambung..

Read More !

Air mata menitis di Masjid Nabawi......

| | 0 ulasan

Pertama  kali menjejakkan kaki di lantai Masjid Nabawi sudah cukup membuatkan air mataku bercucuran mengenangkan betapa besarnya pengorbanan baginda supaya Islam dapat di sebarkan dan di nikmati oleh semua manusia....aaahhh!!! begitu sukar untuk menggambarkan perasaan ketika itu.Dan bila masuk waktu solat, mendengar bacaan al quran dari imam masjid tersebut membuatkan ku merasai nikmat ayat-ayat Allah, walaupun aku kurang memahami maksudnya.....

Setiap saat di masjid Nabawi, sudah cukup untuk membuatkan ku untuk duduk berlama-lamaan di dalamnya di samping menikmati kecantikan rekabentuk dalaman salah satu masjid yang di sebut dalam kitab suci al Quran itu. Aku juga berkesempatan solat di Rhaudah.... Ketika itulah aku membacakan doa-doa kiriman kawan-kawan  dan saudara-mara dari Malaysia.....

Kami para jemaah wanita sebenarnya tidak di benarkan mengambil gambar hiasan dalaman masjid.....namun , pada suatu hari,  tanpa  di sedari kamera sudah berada di beg Tabung Haji yang ku pakai setiap hari.Dengan sedikit kesempatan yang ada, aku terus memetik kamera beberapa kali merakamkan kecantikkannya....al Hamdulillah, nasib baik para petugas wanita di masjid itu tidak nampak flash kamera.....kalau tidak, mahu aku di suruh keluar dengan segera...


Ini adalah pemandangan ketika "payung" sedang mula di buka secara automatik. Ketika itu, para jemaah yang belum pulang, akan mengambil peluang merakamkan detik payung itu terbuka.....


Aku dan suami  sengaja pulang lewat ke hotel untuk menyaksikan dan merakamkan  gambar yang unik itu...Cantek sungguh idea manusia yang di beri ilham oleh Allah SWT.
 Dan akhirnya, payung itu terbuka lebar seperti ini.....memberi naungan dari panas terik matahari yang tahap kepanasannya boleh mencapai 55 celcius!!Kini aku cukup memahami, mengapa sesiapa saja yang pernah datang ke masjid ini, pasti menyimpan azam untuk datang lagi ke dataran nabawi ini...... bersambung.


Read More !

Masjid Nabawi...kami datang pada mu

| | 0 ulasan

Tepat jam 1.38 am waktu Malaysia, kapal terbang meniggalkan Kuala Lumpur menuju destinasinya. Perasaan ni?Terlalu bersyukur pada Allah kerana kami telah lepas dari semua pemeriksaan dan telah berada di udara ke Madinah!!!Ku tinggalkan semua di Malaysia. Kami tinggalkan Suhaib, adik beradik, rumah, kerjaya, GMI dan mangsa ISA nya... semua sekali .....kami gantikan semuanya dengan doa, doa dan terus berdoa agar misi kami kesampaian.....

Flight kami tiba satu jam lebih awal dari jadual.....al Hamdulillah......tibalah kami di bumi Madinah yang penuh barakah ini......kami berdua sujud syukur di lapangan terbang Madinah dan air mata bergenang di kelopak tanda syahdu dan sebak yang teramat sangat....

Dua jam kemudian, selpas melepasi kastam, kami berada di bilik hotel  yang jauhnya 50 meter dari Mashid Nabawi....Aku berdoa agar mendapat teman sebilik yang benar-benar memahami tujuan kami ke sini...



Kami berdua  bersama jemaah haji penerbangan KT42 dari Malaysia, tinggal di hotel Haram. Seperti yang di gambarkan oleh teman-teman yang biasa buat UMRAH, Madinah adalah sebuah bandar yang cantek, bersih, pembangunannya terancang dan suasananya tidak jauh beza dengan K.L..Penduduknya juga lebih beretika....


Ketika di Madinah, aku memakai niqab, atau penutup muka kerana cuaca yang agak panas, iaitu hampir mencecah 52 celsius.....Bila keluar dari lobi hotel, terasa angin panas seolah-oleh sama panas dengan oven yang sedang di gunakan untuk memanggang....Walau cuaca panas, kami tidak pernah merungut atau komplen tentang cuaca kerana fikiran ini hanya di tumpukan untuk pergi ke Masjid Nabawi dan solat di sana.....setiap saat hanya memikirkan untuk solat , solat dan berdoa  di dalam nya...... ..bersambung

Read More !

Kami terpilih jadi Dhuyufurrahman.

| | 0 ulasan

Syukur alHamdulillah, saya dan suami telah di pilih oleh Allah untuk menjadi tetamunya bagi musim Haji 2012. Kami mendaftar sejak tahun 2001 lagi, tapi ISA mendahului segala-galanya bila suami, Mat Sah telah di tahan di bawah ISA pada tahun 2002...dan di kurung selama hampir 8 tahun, walaupun beliau tidak pernah melalui sebarang proses mahkamah!!! (lihat entri awal di blog ini).Sepanjang hampir 8 tahun itu, suami telah di tawarkan dua kali  untuk mengerjakan haji....namun tidak dapat menjawab tawaran itu kerana di penjara tanpa bicara di Kem Kamunting...


Siapa yang tidak ingin pergi menunaikan haji di Makkah?Bagi kami berdua, perasaan untuk menunaikan Rukun Islam Ke 5 itu terlalu meluap-luap.Bila suami di bebaskan pada September 2009,kami seolah-olah pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Untuk memastikan suami dapat menghantar anak kesekolah...(untuk merapatkan kembali jalinan perasaan antara bapa dan anak yang telah dipisah lebih 7 tahun)kami sanggup berpindah rumah ke satu lokasi di daerah yang sama dengan sekolah anak kami.....Semuanya di lakukan demi memenuhi perintah "restriction order" pihak polis. Mat Sah yang baru bebas hanya bergantung pada sedikit wang pencen dari DBP.Kehidupan memang agak mencabar dan kami terpaksa berjimat cermat untuk meneruskan kehidupan.Harapan untuk ke Makkah kembali  berbunga....

Setelah mat Sah bebas dari "pantang larang" pihak polis melalui "restriction order" itu, kami berdua nekad untuk mengetahui peluang kami ke Tanah Suci. "Banyakkan berdoa supaya Allah sudi terima Encik dan Puan sebagai tetamu Nya bagi musim haji tahun ini..." demikian kami di peringatkan oleh pegawai Tabung Haji tersebut. Kami berdua memegang kata-kata itu dan perbanyakkan berdoa kepada Allah supaya memudahkan urusan kami.



Pada 27 September 2012, kami berada di Kelana Jaya sebelum terbang ke Madinah. Terimakasih pada Puan Norashikin dan suami yang telah memberi  satu nasihat dan pandangan berkenaan proses ibadah yang paling baik dan sesuai sebelum kami mendapat tarikh penerbangan. Terimakasih pada kakak ipar, Puan Jun dan suami beliau , Kellet  yang begitu bayak memberi motivasi kepada kami berdua. Dan terimakasih pada adik-adik saya yang bersusah payah menghantar kami ke Kelana Jaya.


Bukan sekadar teman-teman rapat, adik-beradik kami sendiri agak terkejut kerana seolah-olah secara tiba-tiba kami dapat peluang tersebut....Agak ramai juga yang "risau" dan "khuatir" kemungkinan kejadian yang tidak diingini berlaku kepada kami ketika di KLIA atau di Arab Saudi. kami berdua turut merasai bahang kerisauan itu, namun semuanya kami serahkan pada Allah supaya menjaga keselamatan kami dari manusia-manusia durjana yang masih berkeliaran di bumi Allah ini......... bersambung

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]