YB Dr Lo'Lo dalam kenangan.....

| | 0 ulasan

Berita kematian YB Dr Lo' Lo' benar-benar menyentap hati dan perasaan ku. Sejak tarikh beliau di jemput Illahi hingga ke saat ini aku sentiasa terbayang wajah , kata-kata dan tingkah lakunya yang terlalu bersahaja namun sarat dengan mesej yang berharga...

Tidak pernah terfikir, beliau akan pergi dalam waktu dan ketika dimana ummah di Malaysia ini terlalu memerlukan insan seperti beliau...Namun....siapalah aku untuk berperasaan seperti ini kerana aku yakin, segalanya telah ditetapkan oleh Allah yang Maha Kuasa.....Yang jelas, Allah lebih menyayangi beliau....

Aku tidaklah begitu rapat dengan beliau seperti mesranya saudara sedarah mahupun se parti, namun hubungan guru dan "parent"(aku pernah mengajar semua anak Arwah) serta ukhuwwah Islamiyah, kami berdua saling terikat kerana berada di landasan yang sama iaitu berjuang untuk memahamkan rakyat tentang hak-hak dan keadilan dalam Islam di ruang lingkup dan skop yang hampir serupa.

Suatu ketika ...di kala wanita mangsa akta zalim ISA seperti aku terkial-kial mencari dahan untuk bergayut, mencari tangan untuk berpegang, beliau salah seorang yang turut menghulurkan bantuan dengan ,memberi ruang serta peluang untuk ku meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penguasa ISA tentang penahanan tanpa bicara yang begitu lama dan tidak berperi kemanusiaan....Tidak keterlaluan jika dikatakan, Arwah adalah salah satu' pintu' untuk kami mangsa ISA , mendapat perhatian dan pembelaan dari PAS ketika itu....Tidak hairanlah jika majoriti keluarga bekas tahanan ISA yang dilabelkan "JI" amat menyenangi dan mengenali beliau!
Rasanya, bukan aku seorang yang sedang mengingati dan merindui beliau ketika ini. Aku yakin, semua yang cintakan kedamaian, keindahan serta keadilan Islam, akan sentiasa mengingati semangat dan perjuangan beliau. Moga semua yang beliau tinggalkan, akan menjadi pemangkin dan menjadi inspirsi pada kita semua,terutama generasi muda untuk meneruskan perjuangan suci ini.....

Al Faatihah....

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]