Abah dan Suhaib menjelang 2010

| | 1 ulasan



Beli dua helai baju, satu tertinggal di kedai.... Beli buku tingkatan lima, sebuah tertinggal di tempat jualan buku. Itulah kisah terbaru dua beranak terebut. Dah 7 tahun Abah tidak meladeni keperluan Suhaib dan tahun ini adalah tahun terakhir beliau menemani anak tunggalnya menyediakan keperluan kembali ke sessi persekolahan 2010.



Lebih 3 bulan Abah bebas, nampaknya hubungan mereka berdua bertambah rapat dan mesra. Namun ada beberapa ketika Abah seolah-olah agak "keciwa' dan kurang "faham' dengan perangai Suhaib.....

Biarlah.....
Tiada apa yang perlu di rebutkan untuk mengganti saat-saat penting dalam hubungan antara bapa-anak yang telah hilang 7 tahun yang lalu.Biarlah Allah yang menggantikan segalanya....

Read More !

"Maal Hijrah" pertama selepas 7 tahun.....

| | 1 ulasan



Hari ini genap 3 bulan 3 hari Abah pulang ke rumah setelah dikurung tanpa bicara di Kem Kamunting.Kebetulan hari ini hari Jumaat ,beliau dan Suhaib sama-sama menunaikan solat Jumaat setelah 7 tahun dinafikan hak menunaikan solat yang wajib untuk kaum Adam itu.Hakikatnya semua tahanan ISA tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat di Masjid, namun masih ramai diluar sana yang tidak percaya dengan peraturan yang teruk ini.Biarlah....didunia mereka boleh mengadakan apa saja peraturan demi kepentingan peribadi, diakhirat nanti...terima saja lah balasannya....



Siapa sangka ....di sebuah negara yang ada banyak masjid, punya ramai ulamak ,majoriti penduduknya muslim dan pemimpinnya juga berugama Islam, namun masih mempertahankan undang-undang rimba seperti ISA, yang membenarkan 'tahan tanpa bicara' hingga bertahun-tahun lamanya. Dimanakah maruah kita sebagai pendukung Islam, ugama yang sepatutnya memberi keadilan, keharmonian dan rahmat untuk semua?Nampaknya, rakyatlah yang sepatutnya melakukan sesuatu untuk membuang akta zalim ini dari bumi indah ciptaan Allah ini. Marilah berazam melakukannya sempena Maal Hijrah ini.....

Read More !

GMI menang "SUARAM Human Right Award" 2009.

| | 0 ulasan

Cynthia , dari SUARAM menyampaikan hadiah piala, wang tunai RM2k dan sepasu pokok cili padi.Wakil GMI ialah saya, Pn Aliza dan Toh Chu Hong.


Suhaib bersama Sdra Mior penyanyi utama album Dari Rakyat Untuk Rakyat, album untuk mendidik rakyat tentang ISA.

Syukur Alhamdulillah, pada 6 Disember, bertempat di Dewan Civic Petaing Jaya, GMI yang mewakili 83 NGO dan parti politik di Malaysia telah di nobatkan sebagai pemenang hadiah "Human Right Award 2009" mengalahkan 5 calon-calon yang lain yang semuanya memang hebat-hebat belaka.


Tentunya kemenangan ini bukan milik kami AJK GMI saja walaupun kami menjadi penggerak utama kempen anti-ISA selama ini kerana ...tanpa sokongan tenaga,moral dan material rakyat Malaysia yang cintakan keamanan serta bencikan kezaliman, mustahil penguasa ISA tunduk pada kehendak rakyat yang mahukan supaya ISA dimansuhkan segera.Tahniah pada semua AJK GMI yang lain ie Syed Ibrahim -Pengerusi, Nashita , Zainal Adnan, Fadiah, Nalini,Latheefa,Ustzah Nuridah , Haji Azmi,Ramadhan,Kak Animah,Jing Cheng dan ramai lagi yang pernah terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam setiap program yang pernah diadakan sepanjang tahun 2009 ini.

Kempen anti-ISA pastinya akan tetap diteruskan......

Read More !

Kenangan GMI di PPN Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia 2009.

| | 0 ulasan

Promosi Album Dari Rakyat Untuk Rakyat bersama aktivis muda JIM, Hafiz Bai, Nahdia, Asiah,Asma dan Wasilah.

Bersama aktivis remaja JIM di gerai GMI ...iaitu Yati, Hanina dan Zilal.

Read More !

Sabar je lah.....

| | 1 ulasan

Hari ini, 9 hari kami tinggal di daerah baru ni.Tempatnya aman ,damai dan nyaman tetapi....internet coverage lak problem...Aduh!!! Nak nangis rasanya...tetapi kami masih bersabar....
Banyak gambar2 dari pelbagai aktiviti GMI yang ingin dikongsi, semuanya tersimpan di pen drive je dulu....

Terimakasih pada semua, antaranya Uncle Zorro unmasked yang telah mengucapkan tahniah diatas kemenangan GMI mendapat hadiah utama dalam SUARAM Human Rights Award sempena 20 tahun NGO terkenal itu ditubuhkan di Malaysia.....

Saya akan cuba upload gambar...Sabar2 ya dan teruskan sokongan anda pada MerahHitam.Suhaib berada di Penang kerana menyertai perkhemahan anak angkat selama seminggu disana...





Read More !

Merah Hitam IS back!!!

| | 0 ulasan

1 Disember 2009
Kami sekeluarga telah berpindah dari Taman Keramat ke satu daerah lain di Selangor.Penatnyer!!!!.... Allah saja yang tahu. Kesihan pada Abah Suhaib.baru nak sesuaikan diri dengan jiran2 ...dah terpaksa pindah rumah pula....

3 disember 2009.
Saya bersama blogger ummuasiah pergi ke Kuala Kangsar untuk menghadiri program tahunan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia(JIM).Kami bermalam di rumah ibu Radhi, bekas tahanan ISA yang dituduh sebagai ahli Al Mauunah. Punya lah gelap jalan dan tempat tu- pekan SAUK diwaktu malam....kami beberapa kali tersesat walaupun Yb Saari ketua konvoi kami, yang dah beberapa kali bertandang kerumah itu sebelumnya , akur benar dengan jalan-jalan disana.namun...sesuatu yang lebih memeranjatkan, bagaimana SB boleh seringkali berulang alik "melawat "keluarga Radzi di tempat yang begitu jauh di pedalaman itu ya?????

4 dan 5 Disember 2009.
Kami adalah tetamu khas JIM. Dan dihari yang sama, kami juga menjadi penjaga booth GMI yang terletak antara deretan gerai-gerai lain. JIM adalah salah satu NGO Islam yang paling vokal dan terkedepan dalam isu ISA setelah mantan Presidennya, Saari sungib ditahan dibawah ISA pada tahun 2001 dulu.

Ok..setakat ini dulu sekadar untuk menghilang rindu. Di daerah baru ni, belum dapat internet dan Celcom Mobile saya tak dapat coverage pula... itu yang terasa sangat "menderita" kerana tak dapat nak meluahkan perasaan di wajah merah hitam nih beberapa hari lamanya....

ni pun guna desktop di rumah Ummuasiah yang terletak beberapa meter dari rumah saya dan beliau mengamanahkan Ammar, yang sangat rapat dengan Suhaib .... dalam jaggan kami sekeluarga.

Jumpa lagi...akan cuba letak gambar kemudian....insyaAllah.

Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]