ISA BERSIFAT ZALIM BUKAN PEMULIHAN.

| | 6 ulasan

ISA Bersifat Zalim Bukan Pemulihan
24 Februari 2009

1. Kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam Forum Bicara Tokoh seperti yang dilaporkan dalam beberapa akhbar bertarikh 24 Februari 2009 bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) merupakan satu pendekatan pemulihan akhlak dan bukan berbentuk hukuman adalah satu kenyataan bohong.

2. Manakala luahan oleh dua orang bekas tahanan ISA iaitu Zabidi Mohamad, bekas Ahli Arqam dan Faiz Abu Bakar Bafana seorang ahli Jemaah Islamiyyah dalam majlis yang sama lebih merupakan luahan akibat daripada ‘brainwash’ dan tekanan yang berterusan oleh anggota Cawangan Khas untuk meyakinkan mereka bahawa sifat ‘pemulihan’ ISA lebih ringan di banding hukuman di bawah undang-undang lain. Ia juga untuk meyakinkan mereka bahawa mereka telah melakukan kesilapan yang besar dan diberikan peluang kembali ke pangkal jalan. Dalam konteks ini, soalan paling asas yang perlu ditanya ialah apakah kesalahan mereka dan apakah bukti mereka melakukan kesalahan tersebut? Apakah benar pengakuan mereka selepas didesak dan didera berhari-hari?

ISA Mencabul Hak Asasi dan Menghukum Tanpa Bicara

3. Apakah membelasah tahanan separuh mati dan memenjarakan mereka sehingga bertahun-tahun lamanya tanpa perbicaraan dan tanpa bukti termasuk dalam pendekatan pemulihan akhlak? Apakah menyoal siasat mereka selama berhari-hari tanpa tidur yang mencukupi sebahagian daripada pemulihan? Apakah mendesak mereka membuat kenyataan dan pengakuan palsu juga kaedah pemulihan akhlak? Apakah memisahkan isteri dan anak-anak dari mereka serta memecahbelahkan rumah tangga termasuk dalam tafsir pemulihan akhlak? Apakah kemasukan anak-anak mereka ke dalam wad psikiatri akibat sakit jiwa bukan satu penganiayaan? Apakah ini juga sebahagian daripada pendekatan pemulihan akhlak? Sila nafikan jika perkara ini semua tidak berlaku di bawah ISA.

4. Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) telah berkali-kali menegaskan bahawa ISA adalah satu akta yang membenarkan penahanan tanpa had dan tanpa sebarang perbicaraan. Ia bukan saja mencabul hak asasi mangsanya, tetapi turut menganiaya ke semua pihak yang ada pertalian keluarga dengan mangsa tersebut.

5. GMI tetap berpegang kepada prinsip asas deklarasi hak asasi manusia sejagat bahawa sesiapa saja yang ditahan atau dituduh bersalah mestilah dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan di hadapan hakim yang berwibawa dan disertakan bukti-bukti kukuh yang boleh menyokong pertuduhan tersebut.


Kuasa mutlak dan kabur ISA

6. Sejak ISA diperkenalkan pada tahun 1960 dan setelah melalui pelbagai proses pindaan, namun ia masih tetap mengekalkan ciri utama iaitu tahan tanpa bicara dan pemberian kuasa yang mutlak kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan, menghukum, melanjutkan atau membebaskan mangsa ISA. Contohnya dalam kes penahanan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng pada September 2008. Beliau ditahan di bawah ISA kerana Menteri Dalam Negeri ingin menjaga keselamatan beliau. Begitu juga dengan kes Raja Petra Kamaruddin dan Teresa Kok yang diselubungi misteri akan sebab musabab mereka ditahan ISA. Aktivis reformasi ditahan pada tahun 2001 dengan tuduhan yang sangat berat iaitu mahu menggulingkan kerajaan melalui kekerasan dengan menggunakan bahan letupan, molotov cocktail dan pelancar roket! Sehingga ke hari ini, bukti tersebut tidak pernah dikemukakan.

7. GMI juga mengambil berat pelbagai kes penyeksaan yang diadu oleh tahanan ISA ketika menjalani siasatan 60 hari pertama di bawah Seksyen 73 dalam Pusat Tahanan Reman Polis. Tahanan mendakwa mereka dibogelkan, dipukul dengan objek keras, diberi makanan yang sudah basi dan bermacam-macam lagi seperti yang dilaporkan dalam kes perbicaraan saman Malek Hussin yang telah memenangi kesnya di mahkamah pada tahun 2007.

8. Tahanan ISA masih terpaksa melalui proses penyiasatan yang dilakukan oleh polis ketika dihantar untuk menjalani apa yang dikatakan proses pemulihan selama dua tahun di Kem Tahanan Kamunting (Kemta). Contohnya bekas tahanan ISA Sanjeev Kumar yang ditahan pada awal tahun 2008 telah lumpuh beberapa bulan beliau dihantar ke Kemta. Setakat ini, ada tahanan ISA yang telah ditahan tanpa pernah dibawa ke mahkamah melebihi 7 tahun lamanya. Dr Abdullah bin Daud, seorang bekas pensyarah di sebuah universiti tempatan, telah ditahan sejak Disember 2001 hingga kini. Bagaimanakah nasib anak-isteri yang ditinggalkan oleh beliau?

ISA Menganiaya Tahanan dan Keluarga

9. Kenyataan ini tidak lengkap jika tidak disertakan dengan pelbagai kisah kesukaran ibubapa, isteri dan anak-anak mangsa ISA. Isteri terpaksa menggalas tugas sebagai ibu dan bapa pada anak-anak. Selain terpaksa bekerja untuk mencari rezeki bagi keluarga, isteri terpaksa bermusafir beratus kilometer dari tempat kediaman mereka ke Kemta untuk bertemu suami. Isteri juga menghadapi pelbagai gangguan mental dan fizikal daripada polis cawangan khas (Special Branch) yang dibayar khas untuk memastikan mangsa ISA dan keluarga mereka akan berdiam diri dan menyembunyikan segala pengalaman buruk mereka sebagai mangsa ISA.

10. GMI juga telah dimaklumkan terdapat empat orang tahanan ISA yang telah bercerai dengan isteri masing-masing ketika mereka masih dalam tahanan. Bukan setakat perceraian, ada anak-anak tahanan ISA yang telah disahkan menghadapi masalah mental dan masih mendapatkan rawatan psikiatri disebabkan tidak mendapat bimbingan dan kasih sayang daripada seorang bapa dalam jangkamasa yang terlalu lama.

11. GMI ingin mengulangi bahawa SUHAKAM, sebuah badan hak asasi kerajaan yang ditubuhkan khas untuk menjaga hak asasi rakyat Malaysia, telah mengesyorkan sejak 2003 lagi supaya ISA dimansuhkan dengan segera kerana penggunaannya telah terbukti mencabul hak asasi manusia dan lebih memudaratkan dari membawa kebaikan kepada mangsanya.

ISA Zalim dan Kejam

12. Berdasarkan fakta di atas, GMI berpendirian bahawa penggunaan ISA lebih banyak mendatangkan mudarat dan penyeksaan kepada orang yang dijadikan mangsanya berbandingkan dengan propaganda bahawa akta itu adalah untuk tujuan pencegahan dan pemulihan semata-mata. Tan Sri Ismail Omar perlu menyemak faktanya dan dua bekas tahanan itu perlu memberikan pendapat seadilnya berdasarkan fakta yang lebih lengkap.

13. Kesimpulannya, ISA bersifat sangat zalim dan kejam. Kepentingan rakyat dan negara amat penting dijaga tetapi bukan dengan jalan menyeksa, menganiaya dan mencabul hak asasi manusia dengan memenjarakan sesiapa sahaja tanpa bicara. Langkah pencegahan mesti berjalan seiring dengan usaha untuk menegakkan keadilan, kebenaran dan ketelusan.

14. Sebagai orang Islam, kita diingatkan akan ayat-ayat Qur’an dalam Surah An-Nisa’ ayat 58 yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan menyuruh kamu apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar lagi sentiasa Melihat”.

15. Kezaliman akta ISA bukan saja ditolak oleh Islam, tetapi juga oleh semua agama yang ada di Malaysia . Justeru, GMI masih dengan pendirian bahawa ISA mesti dimansuhkan dan Kem Kamunting perlu segera ditutup.

Mansuhkan ISA!
Bebaskan Tahanan!
Tutup Kemta!

Read More !

Selamatkan Perak, tutup Kem Kamunting.Malaysiakini

| | 1 ulasan

Sebaik saja kes di Putrajaya selesai, kami bergegas makan tengahari di Keramat dan sebelah petangnya terus ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta.Kami ingin memberi sokongan pada dua orang peguam hebat GMI iaitu Edmund dan Amer Hamzah (rambut panjang).Lebih mengujakan bila saya mendapat sms dari Amer berbunyi " Nizar akan datang ke court prtang ni..". Ketika kami sampai, mahkamah telah penuh. Kami tidak dibenarkan masuk oleh polis yang berdiri di pintu Mahkamah.

Pada mulanya kami sangka mereka ni " SB", tetapi setelah diambil gambar mereka kelihatan bersahaja, saya memberanikan diri bertanya siapakah mereka berempat ini."Kami dari DUN Pasir panjang, tempat YB Nizar...." jelas salah seorang dari mereka. Ohhhh!!!! hebatnya sokongan orang Perak pada MB mereka yang sah."Saya pun sekarang dah jadi orang Perak" kata saya sambil tersenyum."Kami semua pun jadi orang Perak" jerit wartwan dan jurugambar media dari TV Antara, Tv PAS, wartawan The Edge, wartwan Harakah dan beberapa orang bloggers di belakang saya. Ya... kami semua sokong MB Nizar berjuang mendapatkan hak orang Perak.

Penat juga berdiri di beranda mahkamah. Suasana agak bising kerana wartawan dan jurugambar juga sedang bersembang untuk menghilangkan keletihan masing-masing."Lih Kang!!! " Jerit saya dan Nashita serentak. Lupa sekejap beliau sepatutnya di panggil sebagai YB Lih Kang.
Handsome juga adik kami ni bila berpakaian lengkap seperti itu." Kak Nash, you hebat lah" YB Lih Kang memuji keberanian Nashita merempuh FRU dan dia(YB) menyaksikan peristiwa itu di stesen Al Jazeera!!!Hmmmm!!!! jealous juga saya mendengarnya......Lih Kang adalah bekas koordinator SUARAM dan bekas sekretariat GMI.... dan kemesraan beliau bersama kami tidak pernah luntur walaupun bergelar YB!!!Dimana saja kami berada, kami tetap memakai lencana ISA sebagai tanda protes yang berterusan terhadap akta zalim ini.


YB Nizar, MB Perak yang sah ni memang ramai peminat. Sebaik saja keluar dari bilik Mahkamah, beliau bagaikan seorang artis terkenal, diserbu oleh wartawan dan pastinya dikejar oleh puluhan jurugambar.Semuanya ingin mendapatkan komen serta gambar beliau untuk disiarkan atau (dikutuk) oleh stesen tv masing-masing.Namun , satu pemandangan yang sukar dilupakan, YB Nizar sanggup mengeluarkan separuh tubuh beliau dari kereta yang sedang bergerak , semata-mata ingin membalas lambaian orang ramai( kakitangan mahkamah dan peminat beliau) yang menunggu di lobi utama mahkamah. YB Nizar memang amat "sporting" dan istimewa....
Maklumat lebih lanjut mengenai kes saman YB Nizar ini boleh di rujuk di berita utama Malaysiakini.



Read More !

RPK, Malaysia Needs You!! Malaysiakini.

| | 2 ulasan

I was at the Palace of Justice, Putrajaya to give support to RPK's case yesterday.Nashita and me arrived a bit late.... but managed to give some poses with No To ISA red muffler to few reporters. Through the angles of my Chinese eyes, I could feel smiling eyes flashing at me....I looked at them and say "hi" ...Ohhhh!!!! most of them were regular participants at MBPJ weekly Vigils...no wonder their faces were so familiar...

Alhamdulillah... I got the chance to snap some photos with Malik Imtiaz Sarwar(picture below), one of RPK's lawyer to defend him in this case.(Further info please check at delCapo and Shanghaifish blogs)Lets look at the beautiful wording in banners (below) 'STAY ALIVE MALAYSIA NEEDS YOU' and "IT AINT OVER TILL ITS OVER" from anak Bangsa Malaysia..... I'm one of them... he he he....Yeah! Its very true!!!(more news please refer to Malaysiakini news or delCapo )

As I was listening to the conversation of blogger delCapo, Arif and Mila, suddenly we saw glimps of DS Wan Azizah.
"Kak Wan!!! " saya melambaikan tangan pada wanita besi Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Seeing at our non-stop waving hands, Kak Wan approached us. We hugged , Kak Wan asked how's my life going on and later took some photos...


Its so sweet to have this memorable photo with ex Ketua Pembangkang in Parliament!!! My wristwatch showed half past twelve , we pomised Lawyer Amer Hamzah to give our support to Perak's case in Jalan Duta. Nashita and me were heading to my place in Taman Keramat.... Bye....



Read More !

Rakyat Malaysia sakit mental?Malaysiakini.

| | 5 ulasan

Rakyat tidak sedar sakit mental - Utusan Malaysia.
Lebih 270000 penduduk Malaysia menghidap skizofrenia, sejenis pemyakit mental tanpa menyedarinya, demikianlah menurut Prof Dr Muhammad Hussan Habil.

Antara simptom awal penyakit ini ialah suka menjerit dan memekik dan secara tiba-tiba boleh bertindak ganas......

Adakah pencerobohan dan pencabulan hak asasi rakyat Malaysia telah lakukan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang menghadapi penyakit mental itu?Peserta demo anti-Perang telah ditahan polis ketika berkumpul di Dataran Merdeka pada 11 Januari 2009.

Ada rakyat Malaysia di tahan oleh pihak berkuasa tanpa sebarang perbicaraan menggunakan akta ISA, menjalani kehidupan seperti banduan di sebuah Kem di Perak selama 7 tahun!!!

Tahanan ISA mendakwa mereka pernah di dera dan dihina oleh pegawai kerajaan yang dipanggil sebagai Pegawai Cawangan Khas atau Special Branch (SB) ketika 60 hari pertama dalam ISA. Ketika itu mereka dikatakan berada di Pusat Remand Polis di Bukit Aman.
Benarkah segala dakwaan itu atau sekadar ilusi saja?


Read More !

Kanak-kanak Gaza dibantu,kanak-kanak di Malaysia diseksa dengan ISA.Malaysiakini

| | 0 ulasan




Abdullah lancar tabung bantu kanak-kanak Palestine- Utusan Melayu.
PM Abdullah hari ini melancarkan Tabung Kemanusiaan Untuk Kanak-Kanak Gaza bagi membantu kank-kanak yang cedera akibat serangan Israel dan membaiki sekolah-sekolah yang musnah.
Adakah dengan tersiarnya berita ini menunjukkan PM Abdullah adalah seorang yang perihatin dengan kanak-kanak?
Bagaimana pula dengan nasib anak-anak diatas (gambar) yang telah dipisahkan dari bapa mereka oleh akta zalim ISA lebih 2 tahun lamanya? Mereka cuma dapat bertemu denganbapa mereka dua bulan sekali di Kem Kamunting atau tidak pernah bertemu langsung lebih dua tahun lamanya.
Bapa mereka di kurung di Kem lebih dua tahun, jadi hanya ibu lah yang terpaksa berhempas pulas mencari rezki untuk anak-anak.
Bila bapa kanak-kanak itu akan dibebaskan?
Tiada siapa yang dapat menjawb soalan ini kerana semua tahanan ISA (termasuk bapa mereka) tidak pernah dibawa ke mahkamah, tiada hakim yang mendengar perbicaraan, tiada saksi atau bahan bukti yang ditunjukkan dan Menteri Dalam Negeri dalam kabinet Pak Lah tidak pernah beri tarikh akhir bila mereka(tahanan ISA) akan dibebaskan.
Semua kanak-kanak dalam gambar diatas sedang di dera oleh Menteri Dalam Negeri dan kakitangannya.
Tidak dapat dipastikan samada PM Badawi sedar hal ini atau tidak......

Read More !

PM Badawi, berikanlah hak orang Perak.....Malaysiakini.

| | 0 ulasan


"They've disrespected the Sultan" PM Badawi- Malaysiakini.
Pak Lah , bekas Menteri Dalam Negeri(ISA) berkata, bila speaker menggantung MB dan 6 EXCO negeri Perak yang baru , tindakan itu menunjukan tidak hormat pada Sultan kerana mereka (MB dan ADUN) itu dilantik oleh Sultan...
Pak lah juga tidak setuju dengan cadangan diadakan pilihanraya supaya rakyat Perak yang memilih sendiri wakil rakyat yang mereka sukai.
Speaker Sivakumar mendakwa beliau hanya menjalankan tugas sepertimana yang termaktub di Perlembagaan Negeri Perak......
Pemimpin tertinggi UMNO berkeras untuk menguasai Perak dan ADUN PR pula bertegas mempertahankan hak mereka.... rakyat Perak juga yang akan ketinggalan dalam urusan harian mereka.
Demi kesejahteraan rakyat , bukankah cara paling baik ialah mengadakan pilihanraya umum untuk negeri Perak ???
Kemudian akan diketahui ,antara kerajaan BN dan PR, yang manakah bakal di pilih oleh orang Perak!!

Read More !

Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat dizalimi ISA.Malaysiakini.

| | 2 ulasan

YB Saari Sungib, ADUN Hulu Kelang adalah seorang bekas tahanan ISA dua kali.Pertama kali beliau ditahan pada tahun 1998 dan kali kedua ditahan pada tahun 2001 dan dikurung di Kem kamunting selama 2 tahun. Beliau telah memenangi kes habeas corpus d Mahkamah pada tahun 2002 tetapi tidak dibebaskan pada tarikh kemenangn kes itu di mahkamah. Beliau telah dibebaskan pada Jun 2003.


YB Saari dan isteri nya mengenang kembali saat dan ketika mereka sekeluarga di pisahkan oleh akta tahan tanpa bicara itu.
Menurut YB lagi, kezaliman ISA itu terletak bukan saja pada isu penahanan tanpa bicara, tetapi juga pada kuasa yang terlalu banyak dipegang oleh Menteri Dalam Negeri hingga menyebabkan tahanan ISA tidak tahu bilakah tarikh AKHIR yang TEPAT , akan dibebaskan dari Kem itu.




Saya bergambar berhampiran blok dimana suami saya ditempatkan. Lihatlah pagar tinggi yang berlapis-lapis, tempat ini dibena sedemikian rupa untuk menggambarkan bahawa tahanan ISA benar-benar ganas dan mengancam keselamatan negara..... namun realitinya, kesemua mereka tidak pernah dibicara atau didakwa dimahkamah!!!
Semua tahanan ISA adalah mangsa fitnah besar-besaran Menteri Dalam Negeri!!!


Puan Aliza, telah 33 kali hadir ke Mahkamah kerana kes beliau ditahan polis sewaktu orang ramai mengadakan demo membantah penahanan 6 REFORMASI dibawah ISA pada tahun 2001. Walaupun sudah lebih 7 tahun berlalu, kes itu belum pernah sekalipun dibicarakan dimahkamah.Ternyata kes itu boleh diklasifikasikan sebagai politically motivated case!!

Read More !

Kenapa suka sangat nak guna ISA??Malaysiakini

| | 1 ulasan

"Tulang Besi patut masuk ISA" dari blog keris pusaka Melayu.
Masuk ni dah dua kali PAS ditipu hidup-hidup oleh Raja-Raja Melayu. Yang pertama sewaktu jatuhnya kerajaan PAS di Kelantan, sewaktu PAS masih di dalam Barisan Nasional pada tahun 1977.
PAS telah dihalang melantik MB sendiri di Kelantan walaupun PAS mempunyai kerusi yang teramai di Kelantan. Ertinya, MB PAS pada masa itu ditentukan oleh UMNO dan bukannya oleh PAS.
Calon MB Kelantan pada masa itu telah berfungsi sebagai seorang MB BN lebih dari MB PAS. Kemuncak dari peristiwa itu, berlakulak undi tidak percaya kepada MB PAS itu dan jatuhlah calon MB tersebut.
Istana Kelantan telah tidak mengiktiraf undi tidak percaya tersebut. Lantaran dari itu, calon BN itu kekal MB Kelantan yang tidak mendapat kepercayaan dewan. Akhirnya, PAS telah meminta supaya DUN dibubarkan bagi mengadakan PR semula. Juga ditolak oleh Istana Kelantan yang jelas hamba kepada UMNO.
Apabila Raja Kelantan pada masa itu tidak mengizinkan pembubaran DUN di Kelantan, maka alasan itu digunakan untuk menjustifikasikan berlakunya “krisis perlembagaan”. Ibrahim Ali pula telah mengajurkan beberapa demonstrasi kecil-kecilan dengan membakar 2-3 tayar dan akhirnya pentadbiran kerajaan negeri Kelantan di letak di tangan Kerajaan Pusat di bawah Mageran.
HAsilnya undang2 darurat berkuatkuasa dan PAS telah tidak berupaya untuk berkempen manakala UMNO bebas bergerak. Apabila MAGERAN diangkat pada tahun 1978, terus diadakan PR negeri dan BN telah menang besar. PAS hanya tinggal 2 kerusi
(Nota: Nampak tak sekarang kenapa Tok Guru Nik Aziz tidak setuju bermuzakarah dengan UMNO? Mereka yang menyokong muqabalah ni semuanya takda pengalaman kena tipu dengan UMNO. Sepanjang masa PAS ditipu di Kelantan dahulu, Ustaz Nik Aziz terlibat secara direct. Tok Guru Nik Aziz kenal siapa UMNO ni).
Sultan Perak Ni Benci Pada PAS dan Islam
Raja Azlan ni cukup menyampah dengan Pakatan Rakyat dan MB Nizar. Bawah kita banyak kerabat Perak susah dapat projek.
Sultan pun malu nak buat benda-benda “haram” yang selama ni dia buat. Pentadbiran kerajaan negeri pun semuanya tidak tunduk pada Istana macam dulu.
Jadi, inilah sebenarnya sebab Raja Azlan membuang Nizar dari jadi MB. Ini bererti MB haram BN yang baru ini akan menjadi “balachi” Istana Perak kerana dia terhutang budi dengan Istana. Ertinya rakyat Perak akan jadi lebih rugi.
Ramai orang Perak maklum betapa kerabat-kerabat Perak ni menjadi parasit ke atas Kerajaan Negeri. Mereka ni semua bengap tak tahu bisness tapi nak duit banyak sebab nak enjoy. Jadi sumber kewangan mereka yang mudah hanyalah kerajaan negeri.
Sebab tu walaupun Perak maju, tapi rakyat Perak bersepah-sepah miskin. Sultan Azlan Shah bukan dia kesah rakyat dia miskin. Selama ni pun mana pernah Sultan Azlan Shah kesah pun.
Saya tak nak cerita je mcmna perangai keluarga Sultan Azlan ni masa diorang ada di London dulu. Teruk ya amat.
Jadi orang mcm ni la yang Harussani suruh kita semua “wala” ni. PAdahal Harussani rata jaja betapa orang Islam sekarang ni kuat minum arak, tapi orang macam Sultan Azlan Shah ni dia pertahan. Pooorah Harussani, cakap tak serupa bikin. (www.malaysiawaves.com)

Saya pelik, kenapa ada orang suka sangat nak tahan orang lain dengan akta zalim ISA?Kenapa suka sangat nak guna akta tinggalan penjajah yang mencabul hak asasi manusia itu?Dah tak ada jalan lain kah untuk menyelesaikan masaalah jika sikit-sikit nak gunakan ISA, akta yang boleh menahan mangsanya tanpa bicara tu?

Read More !

Elizabeth Wong menjadi berita utama media UMNO/BN.Malaysiakini.

| | 8 ulasan


"Isu gambar bukan angkara UMNO" Utusan Malayau.


Ketua pembangkang Datuk Seri Khir Toyo kesal dengan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang mendakwa isu penyebaran gambar lucah Elizabeth Wong di internet adalah konspirasi UMNO/BN.


Beliau menegaskan isu itu timbul kerana hubungan peribadi ADUN Bukit Lanjan itu bersama bekas kekasihnya dan tiada kaitan dengan pihak lain.


"Saya mengingatkan UMNO/BN tidak terlibat dengan perkara ini" katanya lagi.



Nampaknya berita Eli sangat penting pada media UMNO/BN.Kenapa berita itu diberi liputan di seluruh muka utama serta 3 muka lain.Ia turut diulas pengarang akhbar itu dan menggambarkan seolah-olah tiada berita lain yang sama penting untk dimuatkan didalamnya.
Eli ialah seorang aktivis Hak Asasi Manusia yang aktif menyuarakan hak-hak rakyat malaysia yang masih ditindas. Beliau juga seorang yang aktif bersama Gerakan mansuhkan ISA, satu akta zalim yang membenarkan penahanan tanpa bicara bertahun-tahun lamanya.


Dan hari ini, Eli di uji. Sebagai ADUN, walaupun Polis belum lagi membuat siasatan keatas insiden yang menimpa beliau, media UMNO/BN telah menghukum dengan memberi gambaran bahawa beliau adalah seorang yang tidak bermoral dan sepatutnya meletak jawatan.Eli juga diperlakukan sama seperti tahanan ISA yang masih berada di Kem kamunting.


Peliknya, kenapa Khir Toyo beria-ia sangat menafikan insiden itu bukan angkara UMNO?



Read More !

Mufti Perak sedih di maki pembangkang.Malaysiakini.

| | 9 ulasan

"Mufti Perak sedih di maki penyokong pembangkang" UM.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria kesal dan dukacita dengan tindakan penyokong parti pyang sanggup mencerca dan memaki beliau ekoran kenyataannya "sesiapa tidak taat pemerintah tetap dianggap menderhaka"."Selagi Sultan tidak menitahkan kita supaya melakukan perkara yang maksiat, maka kita mesti taat pada perintah itu.Jadi sesiapa engkar, derhakalah orang itu" tambah beliau lagi.

Kenyataan itu adalah ekoran dari pergolakan di Perak baru-baru ini dimana Sultan minta Menteri Besar YB Nizar meletakkan jawatan sebagai MB Perak.Penyokong yang tidak berpuashati dikatakan telah mengeluarkan kata-kata kesat, melaknat dan mencarut terhadap mufti itu.

Mufti Perak adalah satu-satunya mufti yng telah mengeluarkan fatwa bahawa tahanan ISA dibenarkan tidak menunaikan Solat Jumaat kerana mereka berada dalam tahanan!!!.Tahanan ISA yang ditahan 7 tahun, tidak pernah dibenarkan melakukan Solat Jumaat walau sekali pun.....

Apakah takrifan "maksiat" yang difahami oleh Mufti ya?

Read More !

MB Terengganu minta ISA diguna pada penderhaka.Malaysiakini.

| | 1 ulasan

"Tangkap penderhaka" begitulah berita kecil dalam UM hari ini.

Menteri Besar Terengganu hari ini mahu kerajaan bertindak tegas termasuk menahan dan menangkap penderhaka yang sombong dan angkuh terhadap institusi raja-raja Melayu.

Keputusan Sultan harus di ikuti, sebab itu berharap KDN mengambil tindakan tegas terhadap penderhaka menerusi peruntukan undang-undang sedia ada.

"Dalam kes sekarang ISA amat diperlukan. Walaupun ada orang mepersoalkan tentang ISA tetapi ia wajar digunakan bagi mengelakkan kejadian buruk berlaku.

Persoalannya ialah,

1-Siapa yang di klsifikasikan sebagai penderhaka?
2-Apa kriteria orang yang dituduh derhaka?
3-Adakah ISA sesuai untuk menahan penderhaka?
4-ISA sebenarnya diguna untuk menyelamatkan siapa?

Read More !

Mengenang Kezaliman BN di Perak bersama Tok Guru Nik Aziz.Malaysiakini.

| | 0 ulasan

Jemputan dari Wartawan Harakah Anis Nazri supaya saya berkongsi pengalaman sebagai keluarga mangsa ISA, saya sambut dengan gembira.

"Kak Laila diberi masa 10 minit untuk berkongsi tentang kezaliman BN yang sedang dihadapi sekaran" kata Tarmizi Mohd Jam pengajur program.
Ohhh!!! Macammana nak kongsi kesusahan 7 tahun dalam masa 10 minit? Saya cuba pendekkan semua fakta-fakta yng wajib dan perlu diketahui oleh penonton. Rasanya agak laju juga aya bercakap....harap-harap semua mesej sampai pada mereka yang hadir.
Penceramah malam ni semuanya hebat-hebat belaka. Selain Misbahul Munir, S/Usaha MB Perak yang sah, ada YB Salehudin Ayub, Tok Guru Nik Aziz dan adik kepada Almarhum Borhanudin Helmi, seorang bekas tahanan ISA yang mati akibat sakit teruk sewaktu dalam tahanan.
Namun, saya terpaksa pulang kerumah dengan segera kerana esok pagi saya perlu ke Kemta untuk menyelesaikan beberapa perkara bersama suami di Kem Kamunting.
Sebelum majlis bermula, saya sempat abadikan gambar didewan....Kehadiran orang ramai memang hebat.Didalam dewan penuh sesak dengan penonton, diluar dewan pula setiap inci tanah di Markaz itu turut di duduki oleh orang ramai...Semua mereka ingin mengetahui perkembangan terkini di Perak.
Esok saya akan ke Taiping, Perak dan berharap dapat mendapat berita terkini dari sana.....Sebenarnya, semakain kejam BN pada orang Perak (kita semua dah jadi orang Perak), semakin tinggi sokongan rakyat pada PR.... Kita semua penyokong keamanan dan keadilan tidak akan rugi apa-apa...BN makin tertekan....
p/s:Sesiapa yng dengar ceramah di Melewar sampai habis, boleh update di blog ini ya...

Read More !

"Mansuh ISA" bergema di Pahang.Malaysiakini.

| | 0 ulasan

Saya memang dah lama berhasrat berkunjung ke Pahang untuk memberi sokongan kepada pemangku Pemuda PAS Pahang, Ust Suhaimi (http://najwasuhaimi.blogspot.com/) yang begitu rajin memasarkan isu ISA di setiap kuliah dan pengajian beliau.


Alhamdulillah, akhirnya doa saya makbul bila YB Saari ADUN Hulu Kelang dan isteri mengajak saya ke program Pemuda Bantah ISA yang diadakan di KIAS, Jerantut, Pahang.
Turut bersama dalam rombongan
itu ialah AJK GMI Puan Nashita sekeluarga.

"Orang Pahang memang hebat!!!" itu yang dapat saya simpulkan sebaik saja forum ISA selesai.Saya telah diberi peluang untuk meluahkan rasa hati selama 15 minit disamping ahli panel yang lain iaitu YB Saari dan Peguam Hanifa Maidin.
Siapa sangka, tidak jauh dari Taman Negara Malaysia, bergema suara lantang supaya ISA segera di mansuhkan!!!
YB Saari memang boleh dikatakan 'pakar akta ISA" kerana beliau pernah ditahan, menuls buku semasa ditahan dan seorang aktivis yang masih terus memperjuangkan pemansuhan akat tahan tanpa bicara ini.
Kenapa tahan tanpa bicara?

Seorang budak berumur belasan tahun yang tidak mahu menyertai PLKN telah di bawa kemahkamah
kerana tidak menyertai program remaja itu.Remaja itu telah dijatuhkan hukuman "bersalah' oleh Hakim.Beliau tiada duit untuk membayar denda dan sanggup masuk penjara. Nasib tahanan ISA tidak demikian.Tahanan ISA tidak pernah dibicarakan walaupun disimpan di kem 7 tahun lamanya.Dan tahanan itu tidak tahu pula bila dia akan dibebaskan. Adilkah itu?



Sokongan dari pemuda PAS Pahang terhadap program ini memang amat hebat. Sepanjang forum ISA, semuanya memberi perhatian yang sangat tinggi terhadap setiap patah perkataan yang keluar dari mulut penceramah.

Rasanya.... jika tiada ISA, da lama PAS memerintah Pahang.... betul tak???

Ust Suhaimi, terimakasih diatas segala-galanya.Lepas ni, GMI boleh datang ke Pahang lagi untuk didik Muslimat pula supaya celik ISA.

Read More !

YB Nizar....MB Perak(sah) yang baru ku kenal.Malaysiakini.

| | 6 ulasan

Sebaik saja rombongan MB Perak (yang sah) beredar dari kompleks Mahkamah, saya bergegas mengikut blogger Ummuasiah ke Kampung Bharu. Sepatutnya ada perhimpunan kecil di masjid Kg Bharu dan Yb Nizar dijangka berucap disitu. Pada mulanya saya serba salah dan hendak pulang segera ,tetapi atas desakan Ummuasiah, akhirnya saya sampai juga di kawasan YB Dr lo' lo' itu.


Pukul 12.30, perut sudah mula mendendangkan lagu. Saya menarik tangan Ummuasiah untuk segera ke gerai makan berdekatan, tetapi terperanjat bila mendengar suara nyaring YB Dr Lo Lo minta kami berdua masuk ke pejabatnya.

Kami berdua akur. Saya terperanjat bila melangkahkan masuk, melihat YB Nizar sedang duduk di sofa sambil tersenyum memandang kami berdua.Dr Lo Lo memperkenalkan kami , dan saya terasa malu yang amat sangat bila YB Nizar rupanya masih ingat nama saya.(Saya bersama ajk GMI pernah dua kali bertemu beliau). He really has a great memory!!! Dr Lo Lo sibuk menyuruh kami bergambar dengan YB Menteri Besar yang baru "disingkirkan" BN itu.
"YB, jika tidak berlaku peristiwa kudeta ini, tiada siapa tahu that you are such a humble but steely politician!!!" kata saya. Selamba saja Yb menjawab " Ow really??" sambil tersenyum. Disebalik masaalah negeri yang dihadapi, beliau masih kelihatan ceria dan bersahaja.Patutlah beliau begitu vokal menyuarakan pandangan bahawa ISA mesti di mansuhkan dan Kem Kamunting segera ditutup.

Yb Dr Lo Lo sibuk mengarahkan staffnya mengambil gambar-gambar kami bersama VIP yang glamour itu.
Patutlah orang Perak sayang sangat pada MB pilihan mereka ini. Dia kelihatan bijak berkomunikasi dengan sesiapa saja walaupun baru ditemui.

Namun kini, rakyat Perak mungkin lebih sayang pada beliau bukan sahaja kerana sikap sering merendah diri tetapi juga kekuatan beliau berpegang pada prinsip perjuangan demi mempertahankan hak rakyat Perak yang telah dizalimi oleh BN.

Kami berdua tidak mengambil masa yang lama bersama MB kerana beliau dan rombongan akan menunaikan Solat Jumaat. Kami segera beredar. Tiba-tiba, mata kami tertumpu pada kereta hitam yang menjadi rebutan MB (haram) yang baru.


Saya sempat mengambil gambar kereta tersebut yang memang kelihatan "elegant dan bergaya"....
Patutlah ada ADUN sanggup lompat party kerana tidak diberikan jawatan yang membolehkan beliau memandu kereta jenama itu....




Tidak lengkap pengembaraan kami hari ini jika tidak mengabadikan diri kami bersama kereta itu....

Ya.. sebelum peristiwa rampasan kuasa oleh BN, tiada siapa yang kenal atau tahu, bagaimanakah sikap dan keperibadian ADUN Pasir Panjang ini.He is a nobody!!!

Siapa sangka, dalam diri seorang yang begitu humble seperti beliau, rupanya tertanam sikap keras dan tegas pada prinsip perjuangan. Keperibadian inilah yang menyebabkan beliau outstanding from the rest dan telah menawan hati rakyat Perak.

"We'll be back" kata beliau dengan yakin. Hanya masa yang menentukannya....

Read More !

YB Nizar ada karisma seperti DS Anwar Ibrahim.Malaysiakini.

| | 2 ulasan

Seawal jam 9.30 pagi saya telah keluar menuju ke mahkamah Kuala Lumpur yang terletak di jalan Duta untuk memberikan sokongan pada MB sah Perak, YB Nizar yang akan failkan saman mencabar perlantikan MB Perak yang baru.Semua disarankan memakai pakaian serba hiam tanda berkabung dengan kematian demokrasi d Perak.Alhamdulillah tempat letak kereta tidaklah padat sangat.Sebaik saja sampai, ramai wartawan dan jurugambar telah menanti di lobi Mahkamah. Polis dan SB meramaikan lagi penyokong YB Nizar yang popular itu.Sementara menunggu YB Nizar tiba, kami sempat mengabadikan beberapa pos istimewa sebagai kenangan bersama YB Dr Lo Lo.

Orang ramai seperti tak sabar menunggu ketibaan MB Perak yang dikatakan "derhaka" pada Sultan itu. Saya gunakan kesempatan yang ada untuk memegang sepotong kain bertulis "POHON BUBAR DUN"... tetapi tulisan tu kecil sangat, tak berapa jelas.Namun jurugambar berebut-rebut mengambil gambar kain yang bertulis tu...
Ketibaan YB Nizar(berbaju hijau muda) disambut bagaikan pengantin "wedding of the year".Wartawan dan jurugambar berlari-lari kearah MB Sah Perak yang nampak lembut tapi tegas ini, hingga beliau terpaksa berhenti beberapa kali untuk membalas lambaian orang ramai yang hadir memberi sokongan .Beliau berhenti seketika di tangga lobi untuk memberi peluang wartawan mengambil gambar dan menjawab pertanyaan mereka.Semua orang bertepuk tangan menggantikan "standing ovation" yang sepatutnya diberikan pada beliau.Kemudian beliau dan rombongan exco Perak yang sah telah masuk kedalam bangunan dan terus naik ke tingkat satu kompleks itu.
Sorakkan dan tepukkan tangan terus bergema di seluruh bangunan Mahkamah.Saya menganggarkan, kakitangan mahkamah juga sibuk keluar dari bilik pejabat masing-masing untuk melihat YB Nizar secara "live".YB Nizar ternyata seorang ahli politik baru yang berkarismatik.Seorang peguam berbangsa China disebelah saya berkata, dia bijak dan ada daya tarikan seperti DS Anwar Ibrahim!!!
Sebaik saja selesai menyerahkan fail saman, beliau berdiri di balkony dan membaca doa.Antara kandungan doa itu ialah, semoga Allah hancurkan kezaliman yang sedang melanda rakyat ketika ini.Kemudian beliau turun untuk mengadakan sidang akhbar di tangga mahkamah.

YB Nizar menerangkan mengenai kedudukan jawatan MB dari sudut perlembagaan serta menegaskan kenapa beliau mefailkan saman terhadap MB dari BN. Beliau seolah-olah mengadakan ceramah pendek dihadapan wartawan yang berpusu-pusu untuk mendapatkan maklumat dengan lebih jelas.Setiap soalan wartawan dijawab dengan cermat dan ringkas, hinggalah akhirnya beliau sendiri yang bertanya pada wartawan "is there anything else?? "membuatkan wartawan dan semua yang hadir terpaku seketika dan kemudian tersenyum...
Patutlah orang Perak tanpa mengira kaum "admire" dengan cara percakapan dan pembawakan diri beliau. Untuk cerita lanjut, boleh lawati Malaysiakini dan Harakahdaily.....



Read More !

Perak langgan semula Utusan Malaysia. Malaysiakini.

| | 10 ulasan

"Perak langgan semula Utusan Malaysia."UM

Kerajaan Negeri Perak akan melanggan semula akhbar utusan Malaysia yang selama ini di boikot oleh kerajaan Pakatan Rakyat dalam pemerintahannya.

MB Datuk Dr Zambri berkata akhbar ini wajar dilanggan dan dibaca oleh kakitangan kerajaan negeri kerana ia sentiasa menyokong dasar dalam kerajaan BN dalam membangunkan negara.


Ohhh ... Patutlah beria-ia benar BN mengambil alih kerajaan Pakatan Rakyat di Perak, rupanya, salah satunya ialah nak jual surat khabar UM yang dah tak laku ni.....

Bagus! Bagus! Ini lagi satu saluran supaya orang Perak makin bencikan UMNO/BN.

Read More !

HARAKAH dan SUARA KEADILAN menggugat keselamatan negara??.Malaysiakini

| | 0 ulasan

"Dua akhbar di beri Amaran"- UM.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi amaran tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada dua khbar parti pembangkang sekiranya masih menyiarkan artikel yang menggugat perpaduan rakyat.

Menterinya, Datuk Syed Hamid Albar berkata, akhbar Suara Keadilan dan Harakah melanggar syarat permit serta menyalahgunakan kebebasan akhbar dengan menerbitkan artikel berunsur fitnah,hasutan dan pembohongan.


-Lebih 20,000 akhbar Suara Keadilan dan Harakah dirampas, itu menunjukkan amaran???

-Berita benar menjadi ancaman pada negara?

-Akhbar mana yang menghasut sebenarnya?

Elok juga KDN selalu buat amaran dan rampasan pada Harakah dan Suara Keadilan ni. Makin ramailah orang Melayu yang akan benci BN nanti...senang sikit kerja PR untuk PRU 13!!!!

Read More !

Media BN layan YB Nizar seperti tahanan ISA.Malaysiakini.

| | 0 ulasan

"Nizar keluar rumah MB dalam masa 10 hari."- Muka depan UM.

Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin yang sebelum ini berkeras tidak mahu keluar dari kediaman MB akhirnya akur dengan arahan supaya mengosongkan kediaman tersebut.

Bekas Menteri Besar itu terpaksa melupakan hasrat untuk terus tinggal di kediaman rasmi yang turut dijadikan "markas pembangkang" apabila menerima sepucuk surat dari Setiausaha Kerajaan Negeri.

Apakah layanan yang sama dengan tahanan ISA?

1- Dari sudut perlembagaan beliau masih MB yang sah tetapi telah di sebut setiap hari di media bahawa beliau adalah "bekas" MB, untuk memperlihatkan pada rakyat bahawa YB Nizar seorang yang salah.

2- Media setiap hari menyiarkan berita memburukkan MB Perak itu termasuk menuduh beliau derhaka.

3- Pelbagai kenyataan dari individual atau NGO Pro UMNO yang memburukkan MB itu disiarkan di setiap hari.

4- Segala peluang untuk membuat penjelasan/ penerangan ditutup rapat. Media alternatif sebagai satu -satunya saluran yang memberi peluang menyatakan fakta kebenaran, pun BN tutup menggunakan kuasa KDN.

Read More !

Kementerian Dalam Negeri perbodohkan rakyat? Malaysiakini.

| | 6 ulasan

Pada September 1998, ketika DS Anwar di pecat dari jawatan TPM oleh Mahathir, Dollah Dawi jadi Menteri Dalam Negeri.Ketika DS Anwar ditemui dengan mata lebam, ada suara sumbang mengatakan "Anwar mencederakan dirinya sendiri".

Pada September 2008, bila wartwan Sin Chew di tahan dibawah ISA, Menteri Dalam Negeri ketika itu telah bertukar pada Hamid Albar. Bila rakyat bising dengan penahanan itu, Hamid beri alasan "wartawan wanita itu ditahan di bawah ISA untuk menjaga keselamatan beliau...."

Malaysiakini melaporkan, KPN, Musa Hassan telah mengeluarkan satu kenyataan iaitu, kuasa untuk menghalang ceramah telah diberikan pada Ketua Polis Negeri. Oleh itu contohnya, jika di Perak ada orang/persatuan ingin mengadakan ceramah, ianya mesti mendapat kebenaran dari Polis Perak. Di negeri lain pun posedurnya sama.
Yang peliknya, bila Pakatan Rakyat ingin mengadakan ceramah, polis memberi pelbagai alasan supaya permit tidak diluluskan. Contohnya Cikgu Bard ingin mengadakan ceramah di Penang, negeri Pakatan Rakyat, pun sukar untuk dapatkan permit polis... Jawapan standar polis biasanya, "kami bertindak mengikut arahan atasan".
Siapa pihak atasan itu? Siapa pihak atasan di KDN yang buat arahan bodoh tersebut?


Read More !

ISA satukan rakyat menentang UMNO/BN.Malaysiakini.

| | 0 ulasan

Ini adalah generasi Y, yang mengetahui segala kejahatan dan penindasan UMNO/BN melalui media alternatif .Mereka ini juga celik dan faham tentang akta ISA.

ISA menyedarkan rakyat pelbagai kaum bahawa mereka harus bersatu untuk menumbangkan regim yang selama 49 tahun menakutkan rakyat dengan akta zalim ini, supaya semua orang tidak berani untuk mempersoalkan hak masing-masing.Selama itu juga UMNO/BN memeras,mencuri,merompak harta dan menindas rakyat demi kepentingan peribadi segelintir pemimpin tertinggi BN.
Siapa yang tidak ingat pada Operasi Lalang pada 1987?Walaupun telah lama berlal, namun ianya tetap diingati bahawa selagi ISA wujud, tidak mustahil peristiwa yang sama akan diulang kembali oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menyelamatkan UMNO/BN.
Oleh sebab itu, kini rakyat sentiasa waspada ,berjaga-jaga dan akan berjuang untuk memansuhkan akta itu dari perundangan Malaysia.Dan yang lebih menarik, selagi ISA ada, tidak sukar untuk menjadikan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum,bersatu untuk menegakkan keadilan di negara Malaysia tercinta ini.


Read More !

Sila lah kenakan YB Nizar bawah ISA!!! Malaysiakini.

| | 5 ulasan





Tue Feb 10, 09 2:30:11 pm MYT
"Dato' Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan."


"Sebelum berangkat pulang dari Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak malam tadi seorang teman memaklumkan bahawa Menteri Besar Perak YAB Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan ditahan dibawah Akta ISA tak lama lagi. Dato' Syed Hamid Albar dikatakan sudah menandatangani surat arahan menahan beliau atas sebab alasan menimbulkan huru hara dan menderhaka pada Sultan.
Masa YB Teresa Kok kena ISA tahun lepas, secara tiba-tiba, rakyat Malaysia kaum China tertarik ingin tahu mengenai ISA dan membenci kerajaan kerana menggunaan akta itu pada seorang YB. Jawapan bodoh Hamid Albar ,kenapa ISA digunakan pada wartawan Sin Chew, Cik Tan Hoon Cheng juga menunjukkan BN sangat terdesak menggunakan akta tahan tanpa bicara itu.
Kini Hamid dikatakan akan menggunakan ISA pada YB Nizar? Silakan lah jika BN ingin lebih di benci dan dijauhi olh rakyat Malaysia terutama orang Melayu!!! Silakan lah tahan YB Nizar ,kalau berani.....

Read More !

Arumugam(Bukit Selambau) lebih bermaruah dari Osman Jailu dan Jamaaludin Radzi.Malaysiakini.

| | 0 ulasan


Secara peribadi, saya rasa bangga kerana dizaman pelbagai fitnah ini, masih ada manusia yang memeningkan prinsip keadilan sosial yang tinggi.
Saya merujuk pada bekas YB Bukit Selambau, V Arumugam yang sanggup meletakkan jawatan dari melompat ke parti lain disebabkan pelbagai ugutan dan gangguan fizikal terhadap keselamatan beliau dan keluarga.Beliau jauh lebih bermauah dari 2 ADUN lompat dari PKR yang menjadi ADUN bebas kini iaitu Osman Jailu dan Jamaludin Radzi.
Sebaik meletak jawatan, Arumugam diangkat sebagai wira kerana mendahulukan rakyat dari kepentingan peribadi. Manakala dua ADUN lompat itu, bukan saja di kutuk oleh pengundi tempatan dan rakyat jelata yang cintakan kejujuran serta keadilan, malahan mereka berdua juga tidak mendapat kepercayaan untuk menyandang apa-apa gelaran exco dalam kabinet baru kerajaan Kudeta pimpinan bekas tahanan ISA, Zambry Abd Kadir.
Mungkinkah masa depan yang lebih buruk menanti dua ADUN lompat itu???


Read More !

Orang UMNO desak PM tangkap Nizar ,Karpal bawah ISA.Malaysiakini.

| | 1 ulasan

Yb Mohd Nizar Jamalaudin adalah MB Perak yang sah dari sudut perlembagaan. PM Abdullah Badawi meniti hari-hari terakhir dalam pemerintahannya. Adakah Pak Lah yakin akan menyrahkan jawatan PM pada seorang manusia waras atau sebaliknya????

Tiada rancangan tangkap Nizar, Karpal guna ISA - Abdullah
10 Feb 2009 12:22PM PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tiada rancangan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap Karpal Singh dan Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin berhubung bantahan terhadap penubuhan kerajaan Perak yang baru.
Perdana Menteri berkata demikian di sini, hari ini berhubung desakan orang ramai, termasuk pertubuhan Melayu agar Pengerusi DAP dan bekas Menteri Besar Perak itu diambil tindakan kerana menghina titah Sultan

Read More !

UMNO/BN akan diuji rakyat dalam PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang? Malaysiakini

| | 1 ulasan


Setelah berjaya "menawan " Perak , dua PRK ini mungkin tidak begitu menakutkan UMNO/BN kerana ianya tidak bersangkutan langsung dengan isu "lompat parti" yang baru saja berlaku minggu lepas.
Namun bagi rakyat yang rata-rata sedang marah dengan kerajaan "kudeta" yang baru merampas Perak dari PR, pastinya mereka sedang tertunggu-tunggu untuk melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan rasa marah yang telah sekian lama terbuku dihati mereka.
Apakah tindakan rakyat? Adakah ISA akan digunakan untuk memastikan rakyat tidak memenangi PRK itu? Kita tunggu dan lihat sahaja.....

Read More !

Tahun 2009,MANSUHKAN ISA dan TUTUP KEM KAMUNTING.Malaysiakini.

| | 2 ulasan

Gerakkan Mansuhkan ISA mengadakan rawatan dan penilaian semula keatas semua aktiviti ,kejayaan dan kegagalan yang telah dicapai sepanjang 2008.

Selain Syed Ibrahim, Pengerusi dan Cik Nalini sekretariat Gerakan Mansuhkan ISA, saudara Zainal, juga salah seorang AJK GMI, telah memberi satu perkongsian yang amat menusuk perasaan dan menyegarkan semangat serta daya juang semua yang hadir.

ADUN Hulu Kelang, YB Saari Sungib sedang memberikan pandangan beliau tentang lanskap dan strategi kempen Gerakan Mansuhkan ISA bagi tahun 2009.Penglibatan YB Saari dalam GMI begitu konsisten , sesuai dengan status beliau yang pernah ditahan dibawah ISA sebanyak 2 kali .Buku Suara Dari Kemunting (SDK)yang diterbitkan secara bersiri menceritakan kisah benar pengalaman beliau ketika menjadi tahanan tanpa bicara ISA dan dilayan sebagai banduan selama 2 tahun beliau menghuni Kem Kamunting.Buku itu menjadi bukti tentang kejahatan kerajaan UMNO/BN yang menggunaka ISA sebagai alat untuk menindas rakyat demi menyelamatkan kareer politik pemimpin tertinggi parti usang itu.


Kehadiran Saudara Raj seorang peguam dari Bar Council, Saudara Arutchelvan, Setiausaha PSM, Haji Azmi dari PAS Wilayah,lebih menyemarakkan re-treat bagi kempen anti-ISA ini.
ISA telah menyatukan rakyat malaysia berbilang kaum kerana semuanya sama-sama benci terhadap kezaliman ISA dan ingin memansuhkan akta jahat itu supaya keadilan dapat di tegakkan di bumi Malaysia ini.


Memperkenalkan empat jejaka tampan iaitu dari kiri Syed Ibrahim (Pengerusi GMI), YB Saari Sungib, Zainal Adnan dan Peguam Raj. Barisan akivis wanita pula ialah Peguam Latheefa Koya@Ahli Majlis MBPJ, Peguam Sara, Peguam Fadiah, Nalini (sekretariat GMI) Su Shi (SUARAM Penang) Peguam Aizan(baju merah) dan Aliza Jaafar AJK GMI juga isteri YB Saari Sungib.
Beberapa jemputan yang lain telah pulang kerana perlu menghadiri mesyuarat lain.Mereka ialah Sdr Arutchelvan, Ustazah Nuridah Mohd Saleh, Hj Azmi dan Animah Ferer.Saya tiada dalam gambar kerana menjadi jurufoto program itu.
Presiden Barack Obama telah berjanji akan menutup Kem Tentera di Guantanamo. Oleh itu, re-treat GMI 2009 sebulat suara bersetuju bahawa tema kempen GMI kali ini ialah "Tutup Kemta, Mansuh ISA".




Read More !

[ Merah Hitam © 2009 ]
[ Designed by وان ][ Powered by Blogger ]

[ Top ]
[ Home ]